Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri dan Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.
HUKUM MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
WAKTU SOLAT
Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.
Panduan:-
(1) Takbiratul ihram (ALLAHU AKHBAR)
*Niat solat: Lafaz niat.
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
– ” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” ( untuk solat seorang diri ).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي
-” Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي
“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” ( jika jadi imam).
Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut.
Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.
(2) Membaca doa iftitah.
(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
(4) Membaca fatihah dan surah Al-A’laa
(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.
(6) Iktidal dan berdiri betul [rakaat kedua] takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.
(7) Membaca fatihah dan surah Al-Ghaasyiyah.
(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
(9) Memberi salam.
(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa
(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)
Peringatan:
(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.
(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah ).
(c) Bacaan surah Al-A’laa dan Al-Ghaasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut.
(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya, disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja.
Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya:
“Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).”
(al-Bukhari)
info ntuk kita semua
Thanx for sharing Aju…^^
Kakak biasanya buat dirumah sendiri Aju. Kakak tak ikut pun abang ke masjid sebab masa raya terlalu ramai org…
thanks 4 sharing aju..
TQ dik ..
x sabar nak raya aji ;))
dah dekat dah raya haji kan…
Sekejap je dah nak raya haji.tq 4 sharing.
Tak sabar nak menunaikan solat AidilAdha hari Jumaat ni 😀