Pertama kali beli Majalah EH! Join Contest ^_^

Seumur hidup inilah pertama kali saya beli Majalah EH! ni. Percaya tak? Kene percaya tau!! tak tipu!!! ;). Selalu baca di blog MZ kaki compers tu, sokmo menang macam-macam hadiah dari peraduan atau contest yang dijoinnya. Betullah kata pepatah usaha tangga kejayaan, kalau tak usaha manakan datang hasilnya kan?? So thats why saya mulakan dengan penyertaan yang mudah di majalah ni.

Tak perlu slogan bagai, suzie atau MZ memang terror bab slogan ni, tp buat permulaan saya mulakan dengan yang cara mudah ni dahulu ;), mana tau bertuah kan? Kalau tengok cover untuk bulan 8 ni ialah Juliana Evan dan Siti Saleha, dah di touch up tebal-tebal lain nampaknya. Harga untuk senaskah majalah ini ialah RM7. Doakan moga ada rezeki untuk saya ye, amiinnn..

Ini pulak majalah dan buku untuk anak-anak ibu. Alhamdulillah Najiha yang berumur 5 tahun sudah boleh membaca, belajar dari kesilapan, sebab Najwa dulu umur 6 tahun baru lancar membaca. Syukurlah minat mereka pada buku ini berterusan, baru start beli buku ni since bulan lepas, lunyai jugaklah buku tu dibacanya, bagus2 dimanfaatkan sepenuhnya ;).

BACA  Contest | Teka nama fashion designer

14 thoughts on “Pertama kali beli Majalah EH! Join Contest ^_^”

  1. Moga berajaya Aju.

    Majalah utk anak-anak tu langgan tiap bulan Aju boleh dapat T-Shirt muslimah. Anak kakak tak boleh miss sebab dulu kakak dia dah selalu baca so memang dah kena adalah tiap bulan..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: