Pertama kali itu memang mengujakan kan? Setuju tak? Anak-anak saya seronok sangat bila abah diorang ajak naik bot. Hihihi bot tu yang tak menahan tu. Tapi saya pikir, kalau naik cruise tengahari buta ni kan ke tak menarik sangat kan? Dengan panasnya, pastu tak nampak lampu neon lip lap lip lap bagai.
Amaran!! Entry ini penuh dengan gambar ye hihihihi layanzzzz!!!
Takpelah untuk percubaan kan, pasni kalau rasa best boleh naik lagi. Kami menaiki trip cruise yang pertama yang bermula jam 11 pagi. Harga tiket juga berpatutan. Perjalanan pula ditetapkan selama 20-30 minit macam tu. Jadinya selepas berbasikal di Tasik Putrajaya 2 minggu yang lepas tu, kami semua bersiap-siap, mandi dan tukar pakaian di tandas berdekatan. Memang dah bawa pakaian dari rumah.
Orang pon tak ramai sangat waktu ni, kira tak bersesak dan tak perlu beratur panjang. Anak-anak saya sangat teruja!! Sampaikan kene pegang si Adam, kalau tak mau dia terjun dalam tasik tu. Najwa dan Najiha senyum je, angin kuat kan, menyengih jelah diorang sambil menahan cahaya mentari kekekeke.
Kalau waktu malam lagi best rasanya kan, taklah panas dan suasana lampu pon nampak cantik. Takpelah next time kita pegi waktu malam pulak kan. Oh ye, tiket dewasa berharga RM15 dan kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas adalah RM10. Oklah pengalaman baru ๐
ema juga entah bila nak pergi naik..hehehe
Bestnya. Harga pon tak der lah mahal sgt kan.
akak tak pernah sampai
ok la harga dia….brape minit dia bwk jenjalan ni aju?
nanti boleh la try naik jgk….:)
wah..syoknye…anak2 pun happy..
Harga pun berpatutan juga tu…
wah mcm bestnya… tiket pun murah je..
salam aju…
dah lama tak pergi putrajaya. best ek naik cruise?!
waa bestnyer naik cruise …nanti nak pi sini gak la….
Bestnya naik cruise,kak Nurul dah ada tiket tp x tahu lg bila nak pegi,ingat nak ajak MIL yg kat kpg tu jln2 sini baru pki kot.
memang best naik Putrajaya cruise tapi paling menarik siap ada pemandu pelancong lagi