Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini mengisahkan hubungan adik-beradik iaitu Rozana (Zana) dan Azura (Zura) yang sama-sama cantik namun dipisahkan oleh status pekerjaan. Zana bekerja sebagai pekebun manakala Zura bekerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad (Fahrin Ahmad) dari sejak kecil lagi.
Zura selalu cemburu kepada Zana sehinggalah Murad bertunang dengan Zana. Zura berterus terang kepada Zana bahawa dia telah merampas orang yang dicintainya. Zana sanggup berkorban memutuskan pertunangannya dengan Murad demi Zura.
Selepas Murad bertunang dengan Zura, Murad masih lagi berkawan baik dengan Zana. Apabila Zura dapat menghidu perhubungan mereka, Zura hilang kawalan lalu kenderaan yang dipandunya kemalangan. Saksikan kesudahannya sendiri pada Sabtu, 27 Oktober 2012, jam 10.00 malam di TV3.
Antara barisan pelakon hebat dalam telemovie ini ialah Eja, Lisdawati dan fahrin Ahmad. Saya suka sangat lakonan semua pelakon ini. Jadi jangan lupa saksikannya ;).
tgk gak semalam…sedih..
aloor x dpt tgki habis juga sbb anak2 nak tgk citer lain huhuh
Myra tengok citer ni… ๐