Selamat Hari Lahir Nuralia Najwa

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nuralia Najwa
Allah selamatkan kamu….

Alhamdulillah hari ini, 14.10.2012 genap 7 tahun umur kamu Najwa. Ibu doakan moga Najwa dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta menjadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat.

Sebagai anak sulung kamu menjadi contoh buat adik-adik. Memang besar tanggungjawab along ni, mesti tunjuk tauladan yang baik supaya diterima positif oleh Adam dan Najiha. Sebab selalunya yang elok tu susah nak diikuti malahan yang tak berapa molek tu senang je lekat kat kepala kan 😉

Kami semua sayangkan Najwa, tingat masa pertama kali Najwa cabut gigi dulu pada 22 Februari 2011, ibu ingat Najwa lari bila dentist suruh buka mulut, rupanya tidak, ikut je arahan dentist, bila disuntik jarum bius 3 kali di gusi Najwa pon Najwa tidak meronta-ronta. Bila dentist tarik keluar gigi tu pon Najwa steady jek!! Cayalah, kak long memang kuat kan!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Belajar pandai-pandai, moga menjadi kebanggaan kami semua, semoga memperlihatkan akhlak mulia dan sentiasa kekalkan sikap suka melawak dengan kami ni heheheh, pandai tau! Kecik-kecik dah pandai buat kami semua ketawa dengan cerita dan keletahnya, sssoooooo sweeettttt!!! 😉

BACA  Berderau Darah Ibu Semalam

11 thoughts on “Selamat Hari Lahir Nuralia Najwa”

  1. selamat hari lahir cayunk nuralia najwa ..
    semoga segala doa dan harapan ibu dan ayah menjadi kenyataan
    menjadi anak yg solehah dan cerdik pandai ..
    aminnnnnnnnnn ;))

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: