Ingat lagi tak pada baby Zarif, ini adalah anak saudara suami saya. Dulu saya pernah bercerita tentangnya yang menjalani pembedahan usus kerana masalah angin pasang ketika umurnya sebulan. Alhamdulillah setelah pembedahan selamat dijalankan, Zarif menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.
Kejadian pada pagi Raya Aidiladha yang lepas begitu mengejutkan kami semua. Ianya berlaku di rumah biras saya ini, Zarif yang dipegang oleh mamanya telah mencapai teko kopi panas yang baru sahaja dibancuh oleh neneknya. Kejadian berlaku sepantas kilat. Tak sempat hendak dihalang, Zarif telah menarik teko panas dan air kopi tersebut telah terkena pada dada dan belakangnya.
Bayangkan macamana pedih dan sakitnya kan? Dan Zarif hanya baru berusia 8 bulan. Zarif telah dikejarkan oleh ambulan ke Hospital Temerloh. Doktor mengesahkan Zarif melecur tahap 2 dan 5% melecur di bahagian dada dan belakangnya. Kesian auntie tengok Zarif, moga segera sembuh ye sayang. Budak-budak nak membesar macam itulah, cumanya moga kita lebih berhati-hati supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kata orang “malang tidak berbau”.
Di sini saya kongsikan tips merawat kalau terkena air panas, tapi dalam pada panik tu kadang-kadang tak sempat nak aplikasikannya.
Tips Untuk Merawat Terkena Api atau Air Panas.
Pilihan 1 : Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin ke tempat yang sakit atau melecur.
Pilihan 2 : Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.
Pilihan 3 : Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih itu lekang sendiri.
Pilihan 4 : Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.
Dan ini pula tips keselamatan anak-anak di rumah, memang kene hati-hati insya allah
1. Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak.
2. Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita
pelekat.
3. Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja.
4. Jangan sekali-kali makan, minum,
bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.
5. Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.
Ya! allah…kesiannya baby zarif. Semoga cepat sembuh.
Adeehhh, Myra pulak yang rasa sakitnya..
Ksiannya Baby Zarif, moga cepat sembuh ye sayang..
Kesiannye Baby Zarif…
Dapat rasakan kesakitan dia…
Moga cepat sembuh..
Sedih dengan kemalangan yang timpa kepada adik Zarif ini. Kesakitan yang dialami tak mampu dilafaz dengan kata-katak. ๐
sedihnya…..budak kecik yg tak tahu pape kan aju….
memang malang tak berbau….kalau nak jadi, kejap je…
sedihnya….:(
Ya Allah… siannya… dulu adk sy pun pnh kne air pns tp doc gtau lps kne cpt2 g ltk tmpt kne tu bwh air paip.. spy xjd gelembung..
moga cepat sembuh.. hanya mampu berdoa supaya perkara sebegini tidak akan berlaku lagi
aduhhh kesiannya bb zarif ..
semoga dia cepat2 sembuh ..
x dpt akak bayangkan nie huhuh
Siannya Zarif,semoga cepat sembuh ya.
biasalah…budak2…
alahai..kesiannya..sedihnya..kita yg besar ni pun kalau kena sket pun dah cam nak menangis..kalau baby..ya Allah x dpat nak gambar kan
ciannya, moga baby zarif cepat sembuh
moga baby zarif cpt sembuh
kesian dia…aduhai…moga cepat sembuh ye..