Saya memang suka tengok gelagat anal-anak saya ni. Kalau yang sulung buat sesuatu, pasti ianya akan dituruti oleh adik-adiknya. Kadang-kadang memang buat saya rasa geram sebab risaukan keselamatan mereka tetapi untuk membiarkan mereka meneroka sesuatu yang baru saya biarkan, dengan syarat ianya tidak memudaratkan.
Saya kongsikan satu kajian yang saya baca di sini.
Anak-anak akan menerima apa sahaja maklumat yang diterima melalui pancaindera lihat, dengar, sentuh, bau dan cita sekiranya penerimaan maklumat ini dikaitkan dengan perasaan ikhlas dan gembira, anak akan menyimpan maklumat yang dipelajari bersama perasaannya secara serentak. Sekiranya maklumat ini diberikan berulang kali, maklumat itu akan menjadi kekal di dalam ingatannya.
Sekiranya maklumat diterimanya dengan rasa gembira dan memberinya rasa tenteram dan di sayangi, anak akan merasa minat terhadap perkara yang dia belajar. Sekiranya hal itu berlaku setiap kali minat anak belajar perkara-perkara baru. Pengalaman itu akan mewujudkan rasa gembira, tenteram dan selamat. Anak akan minat belajar dan minat kepada ilmu, suka meneroka, suka mencuba dan dengan itu sentiasa kagum dengan persekitarannya dan suka bertanya apa, mengapa, bagaimana.
Sebaliknya jika anak sentiasa ditahan, dimarahi, dikritik, maka anak akan rasa tidak tenteram, tidak selamat dan terancam. Anak itu akan tidak minat belajar, benci kepada ilmu dan sentiasa mencari jalan untuk melawan balik dunianya yang kejam dan menyakitinya.
Ada pula anak yang lari dari keadaan-keadaan ini dengan menunjukkan tabiat tidak minat, terhadap semua perkara, tidak peduli atau masuk terus ke alamnya sendiri dan tidak mempedulikan lagi dunia sekelilingnya.
Panduan yang boleh diikuti
Cara kita berkomunikasi dengan anak-anak sebenarnya amat penting. Ada beberapa panduan yang boleh kita gunakan: ikuti panduan berikut;
Apabila bercakap dengan anak tentukan anak melihat mata kita dan kita melihat mata anak dengan menggunakan teknik mata bertemu mata, tidak kira umurnya. Malahan teknik ini seelok-eloknya diamalkan dari usia/masa anak itu kecil lagi.
Air muka dengan gerak-geri yang digunakan mestilah mewujudkan suasana tenteram, selamat dan disayangi.
Perkataan yang digunakan dengan tujuan untuk:
• menyampaikan rasa sayang
• meningkatkan silaturahim
• menyampaikan kesyukuran
• menyampaikan ilmu
• elakkan perkataan-perkataan yang menjatuhkan air mukanya, kerana ia menyebabkan anak berasa tidak selamat dan tidak disayangi, marah atau terancam.
• beri peluang anak bercakap dan apabila dia bercakap, kita mestilah mendengar dengan penuh ceria dan empati.
• jangan timbulkan rasa prejudis terhadap anak.
• sentiasa mewujudkan suasana anak boleh mempercayai kita dan kita juga mempercayainya.
• beri dia galakan dan rangsangan.
jangan menuduh.
• wujudkan rasa selamat, tenteram dan disayangi.
• segala nasihat dan teguran yang di berikan mestilah yang membina dan yang tidak menjatuhkan maruah anak itu.
• teguran atau pujian mestilah diarahkan kepada perbuatannya dan bukan personalitinya.
Sekiranya ibu bapa boleh mengikut panduan ini, insya-Allah kita akan dapat meningkatkan motivasi anak belajar, dan meneroka dunia yang luas serta kaya dengan ilmu. Mudah-mudahan usaha-usaha itu akan membolehkan ia hidup bahagia di dalam dunia yang lebih mencabar daripada dunia waktu ibu bapa kecil dahulu.
Saya juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan masih belajar tips untuk menjadikan mereka insan berguna dunia akhirat. Pada saya, mereka ini saham akhirat kan, bagaimana cara kita melenturnya, begitulah mereka bila dewasa nanti.
Belajar dari pengalaman, perkara yang biasa kita jadikan nasihat di kala dewasa ini, walhal semenjak kecil kita telah melakukannya.
Apabila sesuatu pengalaman itu pahit, terutama semasa ingin menuntut ilmu, seperti yang aju telah nyatakan, ianya akan membuatkan kanak-kanak itu fobia dan tidak mahu lagi mengulanginya.
Semoga kita menjadi ibu bapa yang pandai untuk berkomunikasi dan mendorong anak-anak kita supaya gemar untuk mempelajari dan menuntut ilmu baru.
tips berguna ni..memang betul kan..bila anak selalu jer dimarahi atas kerja yang dia hendak lakukan, mesti mood dia untuk mengetahui apakah benda itu akan slow down..sebab tu kita kena turut jer kerenah anak-anak dalam bermain selagi ia tidak memudaratkan…
saya belum ada pengalaman membesarkan anak, bertuah sekali sebab masa kecil-kecil dulu ibubapa sentiasa memberikan contoh dan tunjukajar yang baik kepada anak-anaknya.
Bermula dari kecillah sepatutnya kita anak-anak kita di asuh dengan ajaran dan sifat yang baik, bila sudah besar nanti akan jadi orang yang berguna, menghormati orang lain. mudah-mudahan..
satu perkongsia yang menarik sekali. terima kasih Ajumohit 🙂
ya..benar itu aju..sy pun kdg2 biar je anak meneroka apa yg dia nak…asalkan tidak membahayakan dia..
Emm marah pun tak de guna jugak kan ibu….
Suatu info yang berguna ni bagi mereka yang mempunyai anak kecil atau akan ada anak kecil tidak lama lagi.
tq share ajue sangat berguna…lepasni boleh la cuba teknik mata bertemu mata biasa main cakap jerkan..
tips yang bagus untuk diaplikasikan kepada anak saya yang baru berusia 10 bulan.
dari kecil dididik dengan cara dan contoh yang baik bila sudah besar nanti insyaAllah baiklah lakunya.
gelagat anak-anak boleh menguji kesabaran