Emmm nyum nyum bestnya dapat makan mini pavlova ini. Bila dapat rasa gigitan pertama itu terus rasa dalam hati ada tetaman hihi..Memang saya tak boleh nak makan banyak-banyak sebab korang pun tahu ianya manis tahap gaban kan. Mau kene potong kaki kalau makan banyak-banyak nanti. Kenapa kene potong kaki? Takut kene kenchhhiinnnnngggg manis hihihihihihi
Terima kasih buat my client yang bagi mini pavlova dan cupcake ini. Sedap!! Saya dah agih-agihkan pada rakan sekerja yang lain. Buat manisan di petang hari. Ini kali kedua saya rasa pavlova ni, tapi rasanya still tak boleh lawan rasa pavlova di Serai Restaurant, Empire Gallery Subang. Yang cupcake tu biasa-biasa je rasanya, macam agak keras sikit rasa kek dia tu, ishh orang dah bagi tu ngappppp ajelah kan, banyak lak komennya hihihi. Mintak mahappppp!!!!
Eh episod pertama Drama Dalam Hati Ada Taman dah mula kan? Boleh tahan gaklah jalan ceritanya tu. Saya kongsikan sinopsis drama tersebut. Emmm ini entry 2 in 1, bukan instant drink je ada 3 in 1 tau hihihi…
Drama berisi Dalam Hati Ada Taman sebanyak 13 episod ini mula ditayangkan pada 29 Oktober 2012 di Astro Ria. Dibintangi orang pelakon pelakon popular Indonesia iaitu Randy Panggalila dan juga Elfira Loy. Pelakon lain yang turut sama menjayakan drama ini adalah Amy Mastura, Hanez Suraya, Didie Alias, Amy Mastura, Sharifah Sakinah, Liza Abdullah dan Faizal Hussein.
Sinopsis Dalam Hati Ada Taman
Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella (Elfira Loy) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna. Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya.
Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy (Randy Pangalila) yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea (Hanez Suraya).
Bella dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy menyamar sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.
wahh sedappp nye melihatkan pavlova pagi2 nie .. geram tauu dik !
hurmm x sempat lah nak tgk 😉
Kakak biar pedas sangat sesuatu makanan kakak boleh tahan Aju tapi jangan manis sangat kakak tak tahan..
Sedapnye..comel² plak tu…nyum..²
Ok jugaklah jln citernye…sepadan jer tgk diorg dua berlakon..~
pavlova ermmm so yummy….sedap sampaimenjilat jari…kalo dapat kat anak2 saya..isinyer dierang makan buahnyer dierang suap kat maknyer hehe
ada jugak pavlova yg kurang manis nok..tapi ikut pada org yg buat tu la…aku pun kalau manis2 sgt ni mmg aku tak leh telan…
boleh makan sambil menonton filem dalam hati ada taman hehe…
Sedapnya. Murah rezeki. Tak pernah lagi merasa pavlova.
comey sgt….sayang lak nak makan….
Sedapnya…pavlova..terliur nih…
Sedapnya…
telan liur pagi2 tengok…heheee
telan air liur tgk tau…tak pernah mkn pun lagi pavlova..