Emm ngalahkan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3 pulak. Saya dan anak-anak mengikut suami bekerja di Perak dan Kedah seperti kebiasaan sebelum ini jika tiba musim cuti sekolah. Tak sabar nak mencuba senarai makanan popular di Perak yang telah saya google, yang mana ada sebahagiannya telah dicuba oleh suamiku sepanjang perjalanan beliau ke sana.
Sebelum ini saya pernah bercerita tentang Mee Kicap dan perjalanan kami ke Cameron Highlands yang hanya memakan masa 1/2 jam dari rumah sewa suami. Memang menyeronokkan!! Bukan selalu dapat peluang begini, bagi saya ianya amat menenangkan setelah penat bekerja dan ditinggalkan suami setiap minggu ;).
Bagi anak-anak memanglah ianya keseronokkan berganda sebab cuti sekolah kan. Joget lambaklah korang tak perlu nak mengadap buku ye.
Di atas ini adalah destinasi pertama kami semalam. Memang happeninglah Hotspring di Sungkai ni. Suasana kampung and selesa. Kawasannya luas, walaupun ramai pengunjung, ianya tidak menyesakkan kerana tempat waterpark dan air panas adalah berasingan. Harga tiket dewasa adalah RM12 dan kanak-kanak umur 5 tahun ke atas adalah RM10.
Anda akan dibawa menaiki tram dari pintu masuk utama ke dalam kawasan mandi manda dalam masa kurang dari 5 minit. Tapi saya tak sempat ambil gambar di tempat air panas sebab kamera dah simpan dalam locker ;).
Kalau korang ada tempat menarik untuk dikongsikan, bagitaulah ye, boleh kami terjah jugak ;). Saya terbayang makanan jek haha.
nak ikut……..
Bestnya jalan2 cari makan ☺☺
Bestnye Cuti²…Anak² pun Happy.. 🙂
baca entry ni..teringt yg sy pun ada niat nak buat entry ke hot spring ni..dah lebih 2 minggu dah peram..hehe. kalu hot spring ni..dah dekat sgt nga umah sy aju..x sampai setengah jam..hehe
Hahaha..joget lambak tu..emm biasa la awal2 cuti memang buku kalau boleh tak nk disentuh..emm seronoknya dapat pergi rehatkan minda..hehe
tak pernah sampai kedah lagi..