Korang tau ngences tu apa? Itu wording orang Jawa, maksudnya air liur meleleh menitik-nitik, eh saya tambah-tambah je hujung tu hihi. Saya ni memang hantu durian, bayangkan masa mengandung tiga orang anak-anak saya ni, without fail akan mengidamkan durian ini. Syukurlah buah-buahan sekarang ni dah tak bermusim kan. Ada je jual tepi-tepi jalan. Jadi senang keje suami saya menunaikan hajat saya nak makan durian ;).
Minggu ni kan saya ikut hubby gi Utara, banyak durian sana sini. Kami dah melantak malam tadi, buruk lantak betul. Kat tepi jalan pun jadi, malas nak bawak balik rumah bukan ada parang pun kat rumah sewa hubby tu. Takkan nak kekah pakai gigi plak kan. Kang lain plak jadinya.
Eh, nak citer pasal ngences tadi kan? Haaa pasal durian crepe.. Macam fenomena makanan popular yang wajib dicuba. Owhh saya dah dengar pasal kuih ni 3 minggu lepas, masa tu saya boleh tahan lagi, tapi bila dah sana sini entry blog dan FB tentang Resepi dan Gambar durian isinya meleleh terkeluar dari bantal tu, kulit dia tulah, terus dari boleh tahan jadi tak bleh tahan woaaa!!
Saya surf sana sini, bukan nak cuba resepi, tapi nk order yang sedia untuk dimakan. Hihi mudah sikit dari nak membuatnya tu, sebab nak rasa je pun. Saya kongsikan link dari sumber di sini dan sumber di sini cara untuk buat durian crepe ini. Tengok gambar je dah tau kesedapan rasanya. Saya tengok rata-rata jual 3 ketul kuih ini untuk RM10, tapi tak sure size nya besar mana, tapi berpatutanlah harganya dengan cara nak membuatnya tu.
Wahh teringinnya nak makan!! Nanti saya kongsikan kalau saya dah dapat rasa ekk. Atau korang boleh rekomenkan crepe mana yang terbahekk??
abah tk pernah makan lagi durian crepe ni..
Hehehe… kakcik dah tak mepunan lagi dah… ๐
akakpn beli daa bahan2nya, nak cuba buat (rajin ke tak ni..?)
Aju nak tahu kakak boleh bayangkan macam makan lempeng cecah gula durian tau crepe durian nie..
Myra dah peni bli & mkn tp ada crita sedih lak..
Ni rasa mk makan lagi ๐
MMG NAMPAK SEDAPLAH..TERINGIN JUGAK NAK MAKAN NI..
mujur sy bukan peminat durian. tp sy cukup berkenan dgn kulitnya tu..mungkin kalau nak beli leh request tukar inti..hehe
mana nak beli snek durian ni ek…
haa kena cuba aju
akk dah cuba 3 kali ..
semua berbeza tuan yg membuatnya ..
alhamdulillah yg ke 3 memang TERBAIK ! ๐
nak try gak….kengkawan semua ckp best…
Setakat ni tak pernah lagi makan crepe durian ni, tapi aritu gi kedai kek beli kek durian yang krim dia memang sedap sangat… tadi nak gi beli lagi, tapi kedai tu dah nak tutup… sedih rasanya… huhuhu
sedap kan dapat makan durian, kalau gi dusun durian, memang makan tak ingat, pernah sampai tahap panas melampau taklerh nak tidur. ๐
durian crepe mmg sedap cik aju oiiii. kat umah akak ni, kalo beli 5 paket pun tak cukup. makanya akak kena cari resipi buat sendiri le kekdahnye
semua orang dok cerita pasal durian crepe nih. sedap sangat kerr??
rasa durian cuma di buat dalam bentuk snek kot..
wahh mahal sgt yer..hehe..mesti sedap ni…