Saya ada terbaca emel dari rakan ofis, sungguh tersentuh hati ini. Hargailah kasih sayang seorang ibu selagi masih ada hayatnya.
Secebis coretan utk dikongsi.. “Ibu Seorang Pembohong“. Seorang ibu dalam hidupnya membuat kebohongan.
1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, “Cepatlah makan, ibu tidak lapar.”
2. Waktu makan, dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, “ibu tidak suka daging, makanlah nak..”
3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yang sakit, dia berkata “Berehatlah nak, ibu belum ngantuk lagi..”
4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu, dia berkata, “Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih ada wang.”
5. Saat anak dah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, ibu lantas berkata, “Rumah tua kita sangat nyaman, ibu tidak terbiasa tinggal di rumahmu.”
6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih mampu tersenyum sambil berkata, “Jangan menangis, ibu tidak apa apa.”
Ini adalah kebohongan terakhir yang ibu buat. Tidak peduli sekaya mana kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya. Ia selalu risaukan tentang diri kita tetapi tidak pernah sedikitpun membiarkan kita risau akan dirinya. Semoga semua anak di dunia ini dapat menghargai setiap kebohongan seorang Ibu, kerana Beliaulah malaikat nyata yang dikirim TUHAN untuk menjaga kita.
Ya Allah memohon padaMU, Muliakan semua IBU yang ada di dunia ini, panjangkan Umurnya, sihatkan Jasmani dan Rohaninya, selamatkanlah semua IBU di dunia dan akhirat……
Benarlah apa yang disenaraikan, baru sudah selesai bertelefon dengan emak sebelum singgah ke blog ini tadi. Semoga kita sentiasa cuba untuk menjaga ibu dan bapa kita sebaiknya.
Dah pernah baca….sedih. Memang selalu bohong anak pon.
memang sedihh
ada ramai blogger up entry nie
🙁
Bagi seorang ibu, keutamaan anak yang selalu didahulu…
setuju. gua sayang mak gua. Huh!
kasih sayang seorang ibu, sanggup berbohong demi kebaikan anaknya kan.
nak baca jap..
sebak baca..besar kan pengorbanan ibu..
sedih… itu lah kasih ibu… sebab tu, bila dah dewasa, beranak-pinak jangan dilupa jasa ibu yang membesarkan kita….
sedih bila membacanya… tq kerana berkongsi…