Ahaaaa tibalah kita ke tugasan terakhir untuk contest eizil.com ini. Urat malas saya bersimpul-simpul nak menghabiskan tugasan ini. Memulihkan kembali semangat dan mencari kekuatan dalaman bagi memberi kritikan dan cadangan untuk menambahbaik blog beliau. Saya bukanlah the right person untuk mengkritik tapi kalau untuk kebaikan bersama apa salahnya kan.
Melihat kepada due date tugasan terakhir ini yang jatuh pada tarikh hari lahir suamiku terchennta bertambah semangat mencari idea ;).
1] Tema
Pada saya, tema blog eizil.com ini sangat simple. Memang simple itu bagus sebab tidak menyerabutkan tapi jika ditukar kepada theme seperti thesis, saya rasa lebih kemas dan nampak lebih meyakinkan
2] Socialize button
Saya tengok tiada button share seperti tweet, FB Like dan Google +1 diletakkan di setiap entry. Jika ada ianya bonus untuk blog ini sebagai perkongsian dan menambah lagi aliran traffik ke sini
3] Keunikan blog
Saya baru je tahu tentang blog ini, jika dilihat secara umum saya tak tahupun eizil.com juga memberi service dalam upgrade blog. Alangkah bagus jika ada elemen perkhidmatan blog diletakkan di header or sidebar, ianya membuatkan pembaca punya rasa ingin menggodek2 blog ini hingga ke akar umbi cheewaahh ๐
Emm cukup cukup sudahlah ye, saya tak pandai nak mengkritik lelebih ni hehehe. Dalam banyak-banyak entri yang ada ni, saya suka sangatlah entry tentang Cloudflare ni, nak tahu sebab apa? Jom baca entry ini ;).
gud luck aju ! ๐
Sampai bersimpul urat malas ya… terima kasih terlebih dahulu kerana sudi meluangkan masa untuk menulis artikel ini, berkenaan button socialize tu, sebenarnya pada penghujung setiap artikel memang ada butang berkenaan, namun mungkin susun atur tidak kemas menyebabkan ianya tidak disedari. InsyaALLAH akan diperbaiki semua kelemahan ini dalam kemaskini yang berikutnya.
Terima kasih sekali lagi.
good luck..