Saya sekarang dalam dilema, baru je dapat kempen BE @ CPUV dari Nuffnang, tup-tup permohonan saya untuk iklan Admax telah diluluskan. Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah, Admax ini ialah pesaing Nuffnang, jadinya kalau saya pasang dua-dua iklan ini serentak, nanti status geli-geliman Nuffnang akan jadi ordinary member.
Owhh apakah??? Wahh nak tunjuk macam blog ni best je kan? Padahal ramai blog di luar sana yang mantops dan takdelah serabut macam saya ni kan hahha. Blog cap ayam je, baru je berjinak-jinak nak mempelbagaikan income blog ;).
Untuk apply Innity memanglah saya tidak layak. Dengan syarat UV 10,000 seminggu manalah saya termampu kan. Tapi untuk Admax @ Komli ni saya tak pasti berapa minimum UV yang diorang perlukan, saya just apply je. Kalau ada rezeki oklah kan ;).
Kalau nak tahu Komli tu bukan Komli bin Ramli tau, tapi Komli ni syarikat pengiklanan. Moh baca kat bawah ni.
Apa itu Admax / Komli? (nama baru) โ Sama seperti Innity, ia merupakan platform pengiklanan bagi blog-blog premium sahaja cuma minimum requirement tidak setinggi Innity. Setiap pendaftaran blog akan direview secara manual terlebih dahulu oleh pihak Admax sebelum diluluskan. Bayaran akan dibuat dalam USD. Tetapi yang melecehkan apabila setiap kali blogger ingin cash out earning mereka, mereka perlu menyediakan sendiri invoice.
Lama jugak saya apply untuk iklan Admax ni, dalam 2 minggu jugaklah tunggu respond dari diorang. Selepas permohonan saya diproses saya diminta isi borang dan emel semula kepada mereka. Dalam seminggu lebih saya dapat skrip untuk iklan Komli @ Admax ini. Tapi sayangnya saya rasa saya terpaksa tolak memandangkan Nuffnang dah mula membuahkan hasilnya.
Iklan Komli dibayar dalam USD, saya tengok diorang offer USD 0.23 per click. Kalau ikutkan ini kronologi permohonan saya dengan diorang.
21/9/2012 : Saya berdaftar sebagai publisher diorang di http://www.komli.com/sea/content/register-our-publisher.
15/10/2012 : Saya terima emel dari Komli supaya melengkapkan borang permohonan berserta signature saya dan emel semula kepada mereka.
22/10/2012 : Saya emel borang tersebut yang telah dilengkapkan dan pada hari yang sama mereka telah maklumkan permohonan saya telah diproses.
1/11/2012 : Saya telah menerima script dari Komli untuk dipasangkan di blog saya.
Sekarang ni masih ding dong ding dong lagi, nak terima ke Admax ni ye? Korang pikir macamana? Atau kalau yang dah ada pengalaman tu silalah kongsikan pengalaman anda ye ;).
Jadinya kepada mereka yang berminat bolehlah mencuba dengan melayari website Komli dan register sebagai publisher. Mana tahu ada rezeki dengan diorang kan.
wow..bestnya..sy dah byk kali apply admax tp x de respond lansung..
tp sy x aply kt link yg aju bg tu…huhu
x tahulah kak Nurul nak suruh pilih yg mana satu sbb x tahu sgt dlm hal tu,terpulang pd Aju sendiri yg mana rasa terbaik ok….
Dalam dilema ni…lumayan jugak bayaran dia tu..tapi apapun keputusan di tangan Aju..^^
Cuba je la .. rezeki tu. BE Nuffnang, next time boleh dapat lagi .. ๐
aduhhh aah lumayan
kalau ikut akk nak juga apply .. tapi cam rumit jee huhu
dah lah kemarau BE dah masuk 5 bulan nie
ajuuu x tahu apa yg x kena kat blog akak tuu
sedihhh huhuh
tak pernah dengar pasal KOMLI ni..
terima je… kalau rasa nak pasang sila la pasang.. kalau tak nak pause dulu sementara.. itu yg zie buat sekarang ni… zie stop dulu admax ni sbb nak cukupkan nilai cashout kt nuffnang.. dh cukup nanti pasang balik admax… lgpun admax tak kedekut kempen.. hari2 ada je kempen baru masuk… ๐
1st, tahniah… saya pernah apply tak approve.. cuba la kan dia orang bagi us.. kalau convert banyak tu
terima. dua-dua terima. Yang bagus tentang dua-dua company ni, diorang BAYAR tanpa was-was.
emm sy tahu nuffnang jer..yang lain tak tahu..sory tak dapat memberi pndangan untuk artikel ni..hehe..tahniah yer..
Tidak pernah dengar nama pengiklanan sebelum ini. Adakah ia pengiklanan baru?
kalau guna komli tak perlu fikir pasal macam mana nak dapat BE nuffnang lagi sbb Komli setiap masa ada bagi iklan macam BE nuffnang..
Komli nie yg lecehnya kena hantar invoice dulu baru diaorang bayar. HP dah cuba dua-dua.tapi kalau traffic dari malaysia bayaran ciput jer.kalau bro selalu dapat traffic dari luar negara bayaran tu memang lumayan.
Assalamualaikum…
Pada pendapat saya,kalau dah lama guna Nuffnang dan sayangkan status glitterrati,boleh teruskan setia dengan Nuffnang,tetapi jika ada niat untuk guna Komli rasanya memang tak salah,cuma satu je,status glitter di Nuffnang akan hilang,pilihan di tangan aju,harap komen ni dapat membantu
Payah gak tu. Tapi lumayan gak erk. Cuba lah aju.
aju…first time dgr komli ni..aju try la..mana tau aju lagi masukk kat komli tu..
Macam best je Komli ni.nak cuba apply pas ni..hihihi..
Nak try komli la. Nuffnang macam xde hasil je. Better g pasang adsense.
xreti sy bnd nih kak
sy baru je apply komli..harapnya diterima )
nuffnang dh lame tinggl..hehehe
1st time dengar pasal Komli ni..
Nanti jika hasil lebih ok dari Nff inform ye ๐
first time dengar ni…. nak kena google2 jugak lah… walaupun tahu uv ciput ajer…
Salam, mengikut pengalaman saya bersama komli, income mmg betul2 best. sy telah bermula dengan komli dr bulan 9/2012. dan kini hasilnya mmg memberansangkan. Antara nuffnang, GA dan komli yg sy pernah cuba, Komli lah yg paling terbaik. Kini nak stabilkan visitor je. Kepada yang dh pasang iklan komli tu, jgnlah anda buang iklan tu. updatelah blog anda setiap hari. Anda pasti dapat merasa ribuan ringgit setiap bulan.
saya dah berjaya daftar.tapi x reti pasang laaa.boleh tolong ajar tak?plsss
Saya pun baru je pasang Komli, terus kena cabut dah status Glitterati Nuff Nang tu.. kuat jeles toi.. apa2 pu, cuba jer lah nasib.. mana tau ada rezeki menjadi dengan Komli bin Ramli nih