Perutusan Raja Sehari | Diana & Zul

Tahniah buat pasangan raja sehari Diana dan Zul yang telah selamat melangsungkan Majlis Pernikahan dan Persandingan mereka di Felda LBJ, Nilai. Alhamdulillah selamat dah korang ye, syukurlah tak hujan tadi, langit hampir menangis tadi menyaksikan saat bahagia korang di atas pelamin. Terharu akak isk isk isk…

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Teringat pulak akak zaman akak kawin dengan abang dulu hahaha. Jadinya bila dah berkahwin ni kenelah pandai bertolak ansur, kalau suami marah isteri kene cool, kalau isteri marah suami kene pujuk, ye? Diana ini merupakan rakan sekerja saya dan kawan gosip masa lunch hihi.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah sepanjang saya drive ke Nilai yang memakan masa sejam lebih, Adam sangat-sangat behave!! Saya siap bawak patung robot, pistol mainan dan kereta mainan untuk lekakan Adam supaya tak mengganggu pemanduan saya yang berhemah ini. Hihi good boy!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Sesampainya di rumah pengantin tadi, pasangan ini sedang bersanding dan kami terus makan sementara nak tunggu majlis merenjis habis. Uisshh sedapnya lauk ayam masak merah, rendang daging, sambal belacan dan ulam tu tak masak pun dah memang sedap rasa dia ;). Siap ada bubur kacang dan apam polka dot sebagai dessert.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Tengoklah pelamin diorang tu. Pastel color gitu, baju diorang pun cantik. Sekarang ni banyak dah pilihan yang menarik kan, kalau dulu warna dan design baju amat terhad, sekarang ni up to date sangat design nya. Buat mereka yang mencari idea warna untuk korang punya majlis kahwin nanti, mungkin ini idea uolss.

Tahniah sekali lagi buat pasangan ini dan saya doakan mereka ini kekal bahagia ke akhir hayat. Amin

BACA  Char Kue Teow Ipoh Mali!

7 thoughts on “Perutusan Raja Sehari | Diana & Zul”

  1. selamat pengantin baru buat pasangan ..
    cantiklah persalinan mereka .. warna terqoise dan coklat cair kan .. ala2 gold gitu .. naik seri pengantin 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: