Anak dara saya yang dua orang tu ikut mak sedara dan pak sedaranya makan angin di Tasik Kenyir, Terengganu. Hati saya berat nak lepaskan diorang berdua tu. Saya dan suami tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja setelah bercuti lama ke Perak dan Kedah tempohari. Bagi yang tak tahu, Najwa tu 7 tahun and Najiha 5 tahun. Belum pernah diorang berjalan makan angin tanpa saya dan suami. Tapi suami saya kata apa salahnya diorang nak makan angin cuti sekolah ni kan. Diorang pulak bila saya tak izinkan, merajuk and taknak “kawan ibu”. Alahai kesian pulak saya dengar.
Nak tak nak, terpaksa saya relakan, dan saya pesan pada adik ipar supaya tengokkan mereka ni. Sebelum ini saya pernah berjauhan dengan anak-anak tapi itu atas urusan kerja luar kawasan. Ibu doakan mereka semua selamat pergi dan kembali. Cepatlah masa berlalu, dah 3 hari 2 malam diorang pergi, ibu rindu sangat korang berdua!!!
Adam keresahan tanpa kakak-kakaknya. Yelah biasa itulah teman bermain dan bergaduh. Bising dan riuh macamana pun kalau dah berjauhan tu sunyi dan pilu pulak rasanya. Ada jugak Adam bertanyakan kakaknya “ibu, mana jiha?” “Mana taklong” (kak long). Kak long and jiha ikut makcu pergi jalan. “Owh pegi jalan yea?”. Comel buah hati saya yang tahun depan nak masuk 3 tahun umurnya.
Emm dahlah jangan duk layan perasaan kan. Hari ini saya nak pegi kenduri dengan Adam. Suami saya bekerja, jadinya hanya saya je yang makan nasi minyak. Jauh pulak tu di Nilai, Negeri Sembilan. Drive sendiri huwaa!!! Doakan perjalanan saya pergi dan kembali dengan selamat ye. ๐
kami pulak, abahnya yg agak liat nak lepaskan anak2 tanpa kami, huhuhu
sama gak cam akak, nak bagi bebudak ni pegi kajang umah kakak en. abah pun dah berat hati. kesudahannya depa dok melepak kat umah. kalo tidak depa dah pegi jln2 kat icity dahhhhh ~ gara2 si mak tak harap anak2 berjauhan
CONFEM SUNYI RUMAH KAN..BUI PUN MCM TU,KALAU JAUH DGN ANAK2 MULA LAH RINDU TP BILA DH DEPAN MATA ASYIK NK GADUH JER..HIHI
Ciannya rindu dengan anak dara dua orang tu ya, berhati-hati memandu, semoga dipermudahkan perjalanan.
ibu mana tak rindukan anak kan, nanti boleh jumpa lagi ๐
akk paham sgt perasaan aju ..
yelah dah biasa dgr suara anak2 kan .. riuh sekali
bila mereka x der rasa sunyi .. sehari dua ok lagi
bila dah lama .. aduhhh
x per dik kejap je masa berlalu .. nanti mereka balik lah ๐
sian akak… sy sndiri pun xleh pisah lg dgn alisha walaupun sehari.. hiihi
kalau en suami koi…jangan haraplah dia nak izinkan…hehe
berjauhan dengan anak…mmg buat si ibu jadi x tentu arah..teringat2 je kan..