Pagi ini jam 6:00, Najiha merengek-rengek manja, ibu ingatkan mengigau ke sebab diorang bertiga ni suka betul bergurau dan bergelak tawa. Orang tua-tua kata kalau ketawa beria-ria nanti mesti malamnya mengigau kan. Rupanya tidak. Si bambam ni panas dan sahlah demam rupanya. Terus ibu ambil ubat yang memang sedia ada di simpan dalam fridge dan suapkan ke mulut Najiha.
Lepas makan ubat terus letak tuala basah di kepala Najiha. Jam 7:00 pagi Alhamdulillah panas beransur reda. Tapi ibu dah SMS bos kata masuk ofis lewat sikit sebab nak hantar Najiha ke klinik dulu. Bos kata “ok”, hihi pendek dan padat jawapannya ;).
So ini gambar Najiha jam 7:30 pagi. Dah ceria kan? Tapi katanya takmo pegi sekolah sebab Kalau Najiha berdiri Najiha rasa pening kepala, emmm senyum je ibu dengar jawapanmu. Takpelah, asalkan Najiha sihat, Najiha diberikan pelepasan hari ini ye.
Jap lagi nak bawa Najiha ke klinik. Maafkan ibu sebab terpaksa juga bekerja hari ini, ada tugasan menanti ibu tengahari ini. Takpe minggu depan kita nak ikut abah kerja di Perak!! Minggu ni demam pon tak mengapa!!!
Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk kita semua. Yang penting sentiasa ingat padaNya. Suami pesan, rezeki yang Allah beri bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tapi rezeki adalah dalam bentuk kesihatan, anak-anak dan keluarga yang sihat dan hubungan kekeluargaan yang erat. Alhamdulillah.
najiha x gaya org demam ..
bagussss .. gud gurll
wajah maintain aje ๐
harap2 najiha will be ok lepas ke klinik ye ..
Moga cepat sembuh ye Najihah..^^
tinggal sorang ke kat rumah??
bila ckp xyah g sekolah terus sehat ye najiha…
bestnya g perak lagi….naik cameron lagi kah??
Semoga Najiha cepat sembuh,nanti boleh gi Perak minggu dpn.
semoga najiha cepat sihat…
semoga si anak ni cepat sembuh yer..tgok pada gaya, mcm bukan org demam..hehe
semoga cepat sembuh
moga najiha cpt2 sembuh sepenuhnya ๐
ala siannya..moga lekas sembuh ya…
semoga cepat sembuh..