Baru tengok drama ni tadi, bestnya!!! Saya memang peminat drama melayu masa kini hihi. Tak sangka Raja Ema pon mula berlakon semula ye. Hmm makin cantik tengok Raja Ema ni.
Drama Terlanjur Cinta disiarkan menerusi slot Ratu di TV9 bermula 20 November yang lepas.
Pelakon hebat yang berganding bahu bersama-sama adalah Siti Saleha, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi, menjayakan drama arahan pengarah hebat Erma Fatima.
Ia mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.
Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.
Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.
Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.
Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
Kalau nak tahu kesudahan cerita ini kenelah tonton ye.
Leave a Reply