Tak sangka fesyen tudung bawal diminati kembali kan. Sekarang ni bukan setakat 2 tone tapi dah sampai 5 tone satu tudung tu. Lepas tu siap ada manik dan jahitan sulam tangan penuh satu tudung. Cantik-cantik. Jumaat lepas sempatlah saya singgah di Jalan TAR memandangkan lunch hour pon 2 jam, memang sempatlah terjah ke sana.
Ish ish ish, susah nak buat pilihan. Bukan sebab rambang mata, tapi sebab budget ngam-ngam jek. Hahaha..Saya budget RM100 untuk beli tudung saya dan anak-anak. Tudung bawal tu pulak lebih kurang RM30 sehelai, yang bersulam dan bermanik. Kalau plain je harganya ada yang RM10-RM15 sehelai. Tapi Jah, kalau dah bekerja ni belilah yang shining sikit, barulah lip lap lip lap pi opis hehhe, eh dah ke lain pulak tujuannya tu ye.
Jadinya saya beli 2 helai untuk saya. Dan anak-anak pulak saya belikan syria. Senang diorang nak pakai, pastu takdelah nak susah-susah jaga awning takut patah ke kan. Dah nak kene iron pulak, ishhh banyak keje, beli syria je sudah..Syria pun ada manik-manik kat kepala jugak, ni silap-silap saya sendiri pon pakai jugak ni nanti ;).
Syria tu pulak RM17.80 sehelai, saya beli di Muaz, Jalan TAR. Murah dan kain pon berkualiti. Kat situ memang berbaloi harga dia kan, pusat pemborong tudung dan pakaianlah katakan. Jadinya mereka boleh menawarkan harga murah berbanding peruncit di sekitar jalan TAR. Tapi kene pilih jugak tudung-tudung di MUAZ ni sebab ada yang menepati kualiti dan sebaliknya.
Lor…mcm mana boleh hilang. Sabar yer.
Tudung bawal dah popular balik.
masih setia dgn tudung instant. plain & pucat huhuhuhu!!
keje kt workshop ni.. takde roh nk pakai tudung gojes2 hihihi!!!
Tudung bawal pun dah semakin advance, macam2 corak ada ;D
Oh ya pasal Power Bank tu sesuai kalau kita nak travel @ malas nak tinggal enset untuk caj, power bank la penyelamat sebab boleh di bawa kemana-mana sambil caj enset ;D
Biasalah tu kejap timbul keja tenggelam
BAWAL TANGLUNG PUN CANTIK..
Kakak suka juga tudung bawal yg dua-tiga tone. Lima tone belum ada lagi. Manik tu kalau rajin baik jahit sendiri Aju..
Adoi..fesyen2..cantik ler..meniaga sendiri ke ni?
hai ajumohit,
Tudung bertambah cantik bila bersulam dengan manik hiasan.. harga juga berbaloi-baloi..
Hahaha,,betul tu bro..biasa orang tak kan pertikaikan kalau harga mahal sekiranya is boleh memberi kepuasan pada diri mereka sendiri..hehe
Tudung bawal pun skrg dah byk designkan…
wah dasatnya traffik
canteekkk !!!!!