Anak-anak sudah kurang menyusu, tak minta susu botol

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Just nak share dengan korang anak-anak sudah kurang menyusu. Diorang sudah mula minum susu guna cawan. Saya yang larang mereka guna botol sebab masing-masing sudah besar kan. Dah 2 minggu jugalah mereka kurang minta susu.

Alahai sedih pulak ibu ni. Saya bukanlah nak stop terus bagi susu, tapi nak ajar supaya guna cawan sebab sudah tiba masanya anak-anak saya berhenti menyusu botol.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Akibatnya stok susu mereka lambat menyusut. Memang kalau di offer minum susu pun taknak!! Sebab kalau pakai botol kan ‘feel’ nya lain kan, alahai suka hisap puting botol itulah kan.

Kalau dulu, memang acap kali nak SUSU je memanjang. Sekarang ni sampai berpaksalah kata orang tu. Kita pun tahu kebaikan minum susu kan.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Najwa dah umur 8 tahun, Najiha pula 5 tahun. Dah besar dah anak ibu. Makin petah bercakap dan dah boleh harap tolong ibu. Dah besar anak-anak sudah kurang menyusu ya.

Tak mengapalah Najwa dan Najiha, ibu tak paksa kamu, kita minum perlahan-lahan ye. Asalkan habis stok susu ini sudahlah. Ibu sayang kamu!!

BACA  Hari Kreativiti Sekolah Najwa..

13 thoughts on “Anak-anak sudah kurang menyusu, tak minta susu botol”

  1. huhu lebih kurang keadaan zahrien aje
    bila bg dia susu dlm cawan zahrien x nak pula
    agaknyee x best ..
    smlm cuba bg dlm cawan .. dia minum sikit aje huhu

  2. mmg xde feel pun..hahaha…tapi ok la diorang nak jugak kan minum susu….lepas ni blh la ajar adam lak…

    kemain tangan berinai…ni keje ibu dia la ni…hehe…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: