Alhamdulillah saya dan suami telah berjaya mendaftarkan nama kami untuk mengerjakan ibadah haji. Terkejut bila melihat slip pendaftaran apabila kami dijangkakan akan ke tanah suci Mekah pada tahun 2055 iaitu 43 tahun akan datang. Sewaktu itu umur saya dan suami sudah lebih 70 tahun.
Menyesal kemudian tidak berguna kan. Kesal kerana kami lambat untuk melakukan pendaftaran haji ini. Dengan alasan terlalu ramai orang di kaunter Tabung Haji dan banyak tugasan pejabat yang perlu dilaksanakan
Kami berdoa agar ada rezeki untuk ke Mekah lebih awal dari tarikh jangkaan. Apapun ianya tertakluk kepada kekosongan pada satu-satu masa kan. Dan tidak lupa selepas ini nak daftarkan nama anak-anak pula, tidaklah mereka menunggu lama seperti ibu abah ni.
So saya nasihatkan sekarang sesiapa yang masih belum daftar Haji deposit jer RM1,300 dan daftar terus. Dah banyak cara dah sekarang, Januari 2012, ni baru dilancarkan skim mendaftarkan Haji menggunakan caruman KWSP. Syaratnya pun mudah sahaja, mesti ada minimum RM1,300 di akaun 1 KWSP dan ianya tidak perlu dikeluarkan pun. Mestilah berumur tidak lebih 55 tahun dan wajiblah beragama Islam.
Jika pejabat Tabung Haji jauh dari tempat anda, pendaftaran melalui KWSP ni boleh juga dilakukan di cawangan Bank Rakyat dan juga Bank Islam. Jangan lupa bawa MyKad dan penyata KWSP anda ya. Sekali lagi diingatkan Ahli KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk mendaftar haji, tunjuk penyata KWSP sahaja, dan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Tabung Haji boleh membukanya di cawangan Tabung Haji dengan deposit minimum RM2 sahaja. Untuk keterangan lanjut boleh baca soal jawab di laman web KWSP ini.
Bagi yang daftar haji, bila pula turn korang ye? Bolehlah kongsikan di sini jika tidak keberatan ;).
Sebaiknya daftar sekali buat anak-anak Aju. Kakak daftar sebaik bertunang tapi pergi selepas dapat anak no. tiga. Itu pun kakak buat surat rayuan.
hohoho..lambatnya…dtg la TH kelana jaya…dkt je ngn ofis aanie..hehe..
Lamanye lagi…Ayah lily pun sampai skrg belum ada panggilan lagi..sian dah lama dia menunggu..dah buat surat rayuan pun tapi macam tu jugak…umur pun dah 60 lebih..
alhamdulillah..aju dah daftar. sy juga yg masih blm walhal akaun tbg haji dh lama dh buat..dr sek rendah lg….in shaa Allah, nak daftar juga dlm masa terdekat nnt.
Jenuh menunggu ni..tp alhamdulillah puan blog dan daftar