First time masak laksa goreng

Ini pertama kali masak laksa goreng, bukan apa suami saya teringin nak makan. Eh ngalahkan orang mengidam ek. Takpelah saya pon tak pernah masak laksa goreng ni, so kita belasahhh jelah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Pada saya teori dan praktikal nak masak laksa goreng ni sama je macam goreng mee dan kue teow. Laksa ni pulak jenis yang lembut dan kenyal tu, bukannya laksa keras kejung yang kene rebus dulu tu. Jadi senang bangatlah kan.

Bahan perencah macam biasa, bawang merah dan cili boh digoreng sampai naik bau. Kemudian masukkan air, dan segala mak nenek bahan sampingan macam ayam dipotong kecil, meat ball and fish ball. Masukkan sehingga mendidih dan masukkan bahan perasa seperti gula, garam dan kicap. Lepas tu campak je sayuran.

Mudah macam makan ABC kan? Hmm rasa dia kenyal skit, tak perlu goreng lama pun. Cepat dan pantas sarapan kami pagi ini. Tadaaaaa!!!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Biasalah pagi Ahad suami mesti merempit ngan kawan-kawan dia. Saya kata bawalah bekal bagi kawan-kawan makan, lepas tu katanya nak letak kat mana? Alahai alasanlah tu malu nak bawak bekal kan?? Eiii sengal!!!!!

BACA  Menu makan hari ini

12 thoughts on “First time masak laksa goreng”

  1. alor2 saedap nie .. akak x pernah cuba lagi aju
    grg laksa buat macam nie
    hurmm kena cuba nie
    ekekek hubby tuu bukan x nak bawa dik
    dia risau takut x cukup aje ..
    dia makan kawan2 tgk aje eekek 😉

  2. Ibu Mifzal Arsyad

    oh..x terpikir lak..menu laksa goreng ni..tp bagus ni kreatif..hehe tp kalau laksa sy suka makan laksa ngan kuah laksam tu..

  3. Tak pernah lagi cuba laksa goreng ni, nampak macam menarik… Tapi mana nak beli laksa yang lembut tu ya? memang waktu jual memang dah lembut macam tu erk?

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: