ehemm Sabtu lepas saya ada cakap nak bercerita tentang hobi baru suami kan? Bukan hobi suami baru tau!! hahahah..Haa inilah hobi baru beliau.. Melayan superbike dia di Highway Karak. Suami saya baru beli motor ni dalam bulan lepas. Sebulan jugaklah saya rasa perhatian suami banyak diberikan kepada motor oren ni.
Mula-mula mendidih jugalah tengok motor ni, rasa nak sekeh pon ada. Tapi kalau sekeh pun dia tak rasa apa malahan tangan saya juga merasa sakitnya. Eiiii eiii kecik besar, kecik besar je saya tengok motor ni.
Memanglah orang lelaki minat superbike, tapi saya harap perhatian mestilah diutamakan lebih kepada isteri dan anak-anak. Dan setakat hari ini Alhamdulillah makan pakai kami anak-beranak memang dijaga. Maunya tak jaga, kalau tidak nanti si Oren kene jual :).
Sudah 10 tahun suami saya bekerja dengan syarikat pembinaan sekarang ini. Penat ulang alik tengok tapak projek sana sini. Bagilah peluang si dia nak rasa apa yang diidamkannya dari kecil.
Nampaknya saya kene cari hobi baru. Hobi yang boleh dikongsi dengan anak-anak saya. Nak buat apa ekk?? Hmm takde apa kot selain melihat anak-anak saya menjadi insan soleh solehah amiinnn
Emm rumah saya ni dekat dengan Highway Karak, tu yang every weekend suami akan ikut kawan-kawannya ride ke Ulu Yam, Karak dsb..Pesan saya “Kalau dah ke sana, jangan lupa kami di rumah”.
Adik ipar kakcik pun pantang cuti je, pergi ‘ride’ dengan superbike dia. Kadang2 dia angkut isterinya (adik kakcik) sekali…
Kalau dah minat memang tak boleh halanglah kan..hehe..yang penting perhatian utama haruslah kepada isteri dan anak²..^_^
Motor besar. Anak bujang & suami saya minat betul dgn superbike nih.
wah hobi baru..terbaik la…nanti aju boleh la join sekali …
laki ema pun minat motor besar ni..kat rumah pun ada sebiji…tp agaknya tak ada geng…peram jer kat rumah…
aju ikutlah sekali..
wah jd biker
pergh.. sungguh kacak dengan motor tu 🙂
ahahha kecik besorr je kan dik
dah beralih lah sikit perhatian tuu
oren lagi cunn ! ekeke
sabar dikk
kena cakap lah kat hubby ..
;)) insyaallah dia paham ..
minat punn kat motor kan .. ingat kan cik oren mana tadi ;))
berhati2 dan pandu cermat untuk encik suami tu. memang ranggilah colornya.
Kelihatan kacak hubby dengan hobi baru ini. Saya dahulu pernah memiliki motor besar tidak nafikan tumupuan lebih kepada motor. Isteri pernah berkata biarlah gila motor jangan gila berbini. 🙂
Apa pun selalulah pesan kepada hubby supaya berhati-hati sebab apabila berada di atas pelana motor terasa lain macam tanduknya.
pergh, bergaya habis motor tu
waaaahhhh… orange gitu!! this is best.. the best!! kasi chance laaaa.. heheheh
awesome, the best itu motor ..
hanya lelaki yang tinggi dan besar je leh pakai motor mcm ni…AK?hehehe..motor kecik je lah