Kelmarin dah settle beli buku Darjah 2 untuk Najwa dan sudah mendaftarkan Najiha 6 tahun di Tadika Little Caliphs Sri Gombak. Bagi Najiha, tahun depan merupakan tahun ke 2 dia bersekolah di tadika ini. Nampak peningkatan dalam kemahiran membacanya. Bukan cikgu je main peranan di sekolah, ibunya pun sama mengajar Najiha membaca di rumah.
Tengok yuran tu boleh beli Samsung Galaxy Tab seketul ;). Sekarang ni mak pak mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Bagi yang lebih berkemampuan ada yang menghantar anak-anak ke Tadika Genius Aulad, Tadika Brainny Bunch atau tadika Montessori. Banyak pilihan, terpulang kepada kemampuan poket mak pak itu sendiri.
Masa daftar tu jugak, tanjat boboi sebab yuran bulanan tadika Lil Caliphs untuk tahun depan telah meningkat sebanyak RM20 kepada RM230 sebulan. Kalau campur transport RM40 dah jadi RM270. Fuihhhhh, gaji naik tak seberapa lepas tu semua harga segala benda naik juga ye.
Ini pula buku kerja Najwa untuk Darjah 2. Total semua ni lebih kurang RM67 macam tu. Cuma tshirt sukan belum ada lagi sebab sudah kehabisan stok. Kenelah pegi lagi minggu depan ni. Anak-anak tidak sabar nak memulakan persekolahan dengan barangan serba baru, baju lama pun masih pakai lagi, bukan apa nak bagi semangat diorang pegi sekolah.
Ini antara stationeries untuk anak-anak. Colour faber castle tu 24 batang hanya RM8.50 di Econsave, yang lain-lain tu memang saya suka buat stok sebab paham-paham jelah bebudak ni macam biskut, kejap ada kejap takde. At least ada simpanan di rumah, tapi ni kene sorok kalau tak kejap je habis ;).
ye dikkk
akak nie lagilah
huhuhu 3 orang sekali
zahrien sahaja dah 185 daftar ..
lom kakak2nyeee
tu x masuk belanja beli peralatan sek
tu punn akak tgk , mana yg masih boleh pakai .. pakai
yg betul2 rosak dan x der sahaja beli
sambil2 tuu nak ajar anak2 jimat cermat , nak mereka tahu
betapa susahnya nak cari duit
bukan mudah nak minta itu dan ini ….
zaman skg semua duit dik , nie kita bergaji
org lain yg gaji kecik
macam mana lahhh agaknyeee kan .. ๐
tanjat gegurl tgk yuran tu….tu blm campur baju skolah, alat tulis, buku semua…..adoi, camne la kitorang nanti…
Wow.. mahalnya… akak cuma hantar tadika abim,, 2 orang 1k.. terasa juga tapi demi anak, ibu bapa sanggup buat apa2 je…
Nasib baik tadika famous2 tu x da kat hujung dunia tpt tinggal akak ni, kalau x ., terhantar juga agaknya..
Mahal juga yuran tu…tapi itu semua demi masa depan anak kan..
tak tahu lah macamana Qis nanti ni..
mahal rupanya daftar tadika..dah macam daftar masuk utm
wow..boleh tahan jugak mahal yuran tu kan??hehehe
Bayaran utk tadika di mana-mana pun Aju meamng lebih mahal dari sekolah rendah. Tapi kalau tak pergi kesian pulak anak akan tertinggal. Demi masa depan anak kena juga hantar kan..
mahal benor kak Aju ..haish ..betul ke tidok ni..
takpe asalkan selesa dan anak2 dapat belajar dgn riang gembira..
๐
Makin mahal kan yuran tadika skang nih. Nasib PASTI tak mahal. RM555 jer โบโบ. Ikut kemampuan poket.
akak lagi le, 2 orang anak sek. men. sorang rendah, beli kelengkapan sekolahpun lebih 1k, belum dikira buku2, yuran asrama dsb.. duit bonus abis tang situ jer.. sekarang ni semua pakai duit.
perghhh penat bila tgk jumlah segala perbelanjaan persekolahan depa. tapi apakan daya memang wajib beli. tahun depan hero kecik dah start masuk tadika, tak tahula camne gelagat dia nanti
Banyak betul belanja untuk persekolahan sekarang nie yer… Bagi yg mampu, Alhamdulillah…
di tempat sy aju x de tadika swasta yg mahal2 gitu…kalau ada pening juga tgk byaran yurannya.. anak sy hantar ke tadika kemas je..x dpt prasekolah..
teringat plak kisah anak kawan sy yg hantar ke tadika swasta di setiawangsa yg yg yurannya hampir rm3000. tp resultnya…anak kawan sy tu hanya boleh membaca tp tidak mngenal huruf. maksudnya hanya menghafal…