Terbaca di blog IbuMifzal tentang pengumuman kadar dividen asb 2012. Alhamdulillah ini rezeki penghujung tahun 2012 ini. Kiranya pengubat lara bila tengok adik saya yang juga seorang penjawat awam yang menerima bonus pada bulan ini. Jeles sehhh!! Rezeki masing-masing, yang penting pandai menguruskan kewangan lebih-lebih lagi menjelang persekolahan anak- anak.
-
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.
Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.
“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini pada Jumaat.
Alhamdulillah Aju, inilah imbuhan setiap tahun yg kita nantikan..
seronoknya dpat rezeki hujung tahun. boleh simpan atau guna untuk belanja.
wahhhh seronok nie ..
hurmm tapi akak x melabur punn huhuh
Alhamdulillah..ada peningkatan..^^
Khabaran pemberian dividen ASB memberikan senyuman kepada pelabur.
yeaahhhhh
untung org yg banyak melabur dalam ASB..sy punya sket je..hehe..