Siapa yang tidak suka baby angkat tangan? Mesti semua suka kan? Bila anak-anak dah besar, even Adam dah nak masuk 3 tahun next year, saya masih teringin nak baby kecil lagi. Budak-budak ni even suka bergaduh dan berkelahi sesama mereka, bila diorang ke sekolah atau tiada di rumah, saya rasa sunyi pulak eh eh..hahaha. Tapi cuti sekolah ni memang hiruk pikuklah, ada sahaja yang tidak kena.
Ramai rakan sekerja tanya, kak bila nak tambah lagi? Eh eh tanya macam nak tambah nasi berlauk je kan? Haha..kalau tambah nasi memang senang, tapi jenuh jugaklah nak jaga berat badan kan, sama jugalah dengan nak beranak ni, semua faktor perlu diambil kira.
Buat masa sekarang ni saya tangguhkan dulu niat untuk mengandung ni, tapi kalau dah rezeki saya takkan menolak kan. Bukan apa, suami saya kan tiap-tiap minggu outstation. Selepas siap projek sekolah di Perak, akan berpindah ke projek di Kuantan atau Kelantan. Owhhhh sakit kepala saya mendengarnya. Lagilah saya taknak fikir untuk menambah bilangan ahli keluarga saya ni.
Lagi satu suami saya dah ada hobi baru. Lagilah buat saya pitam dan senak perut. Sampaikan hobi dia ni buat saya cemburu kat hobi dia tu tahap gaban. Eiiii eiiiii hobi baru, hobi baru..Next entri nanti saya cer citer k. Bagi saya cool dulu ek hahaha.
Faktor inilah yang buat saya relax dulu. Jaga anak tanggungjawab bersama kan. So sama-samalah kene jaga. Kalau nak anak lagi, memang teringin nak anak lelaki. Sekarang ni dah ada 2 gegurl dan seorang boboi. At least Adam ada kawan bertumbuk kan. Asyik bertumbuk manja dengan kakak-kakaknya je. Last-last Adam yang menangis ishh ishh saya cakap, budak lelaki kene kuat, jangan cepat cair dengan perempuan, hmm sabar jelah ibu korang ni.
Sekarang ni dah senang sikit sebab malam-malam tak perlu bangun malam bancuh susu, berat badan saya pon sudah mencapai berat ideal dan saya sudah boleh bawa anak-anak berjalan tanpa suami. Setakat ni paling jauh saya drive ke Salak Tinggi dengan Adam je. Tapi belum pernah shopping barang dapur dengan diorang ni. Risau kalau-kalau mereka hilang sewaktu saya tengah pilih barang. Kalau dulu saya nak 5 orang anak. Tapi bila fikir balik, 3 orang pun cukuplah kannnn. Korang pula nak berapa orang anak? Kepada yang masih belum punya anak, Insya Allah ada rezeki anda. Antara lambat dan cepat je kan, jadi jangan putus asa untuk berusaha ;).
disbbkn keinginan nak anak kecil, bila si bongsu (tika itu) berusia 8 thn, kami ambil kata sepakat nak tmbhkn sorg lg anak, maka lagilah ALYA…
Lepas ni kalu org tanya, jawabnya “xmo daa seiring dgn usia yg makin meningkat ke alam ***” tapi kalu ter… nak wat camnerkan, terima ajelah…
silap taip… lahirlah bukan lagilah
haaa apa salahnya aju ..
aju muda .. sihat dan segar !
lepas nie leh plan dahh
rejeki anak2 nie allah sahaja yg tahu
kita sahaja perlu merancang ikut kemampuan kita kan ๐
hehehe..cukup ke kak 3 je? ๐
sy yg 2 ni pun rasa x larat…hehehe..tp jika dikurniakan lagi anak, in shaa Allah x kan menolak, sbb anak ni rezeki kan ๐ juga amanah yg harus dijaga dengan baik.
lily nak tambah seorang lagi..kalau boleh nak boy.. ๐
Alhamdulillah !!! Teman dah ada 4 orang, teringin tu memang lah teringin, tapi rasanya cukuplah tu.. lagi pun umur pun dah meningkat… Bersyukur ajer la dengan keadaan sekarang…
Ada anak kecik best kak.. hihi..
Sy ikut rezeki berapa Tuhan nak bg, tapi kalau boleh, min 4 or 5 org.. hihhi
sama la aju..org pun asyik duk menanya sy..almaklumla..anak br sorang n dah nak masuk 5 tahun dah tahun depan..huhu