Drama Ruby akan menggantikan drama Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013. Ruby menampilkan Shaarnaz Ahmad dan Siti Saleha sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Shukri Yahya, Hanez Suraya, Adey Syafrien, Shima Anuar, dan Atikah Suhaimi. Jangan lupa untuk menyaksikan drama Ruby setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di TV3.

Sinopsis Drama Ruby TV3
Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.
Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Datoโ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Datoโ Kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?
Kredit to link ini
Cantik pelakonnya ๐
banyaknya drama baru skang ni kan..masa je x de nak tgk ๐
Bila dah masuk sekolah kakak memang pasti tak menonton lagilah Aju…
harus tgk sebab minat sharnaaz..hehehe
eh..cter baru..hihi …cun laa..eh syarnazz ๐
X sempat nk tgk 22.1.2013,ada cr nk tgk semula x dlm tonton x ada pun
best cite nie…ct saleha.