Sehangat Asmara ialah novel karya Aisya Sofea bakal diadaptasi dalam bentuk drama, pelakon heroinnya Rita Rudaini bersama pelakon Adi Putra dan Fahrin Ahmad. Pastinya ramai peminat novel sudah membaca kisah Sehangat Asmara ni, kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief.
Drama Sehangat Asmara ni diarahkah oleh Feroz Kader, tarikh tayangannya pada 7 Januari 2013, di Astro Mustika HD 134. Nampaknya drama Sehangat Asmara menggantikan Adam dan Hawa le ni kan..
Cerita dan skrip ditulis oleh Aisya Sofea / Eenaz Mokhtar / Rozie Rashid
Sinopsis Sehangat Asmara
Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.
Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.
Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka, Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.
Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.
Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.
Ye happy ending akhirnya Zainal dan Kay hidup bahagia dengan anak mereka Misya.
Para pelakon Sehangat Asmara
Kamilia Najwa- Rita Rudaini
Zainal Arief – Adi Putra
Pelakon Fahrin Ahmad pun ada mungkin dia bawakan watak sebagai Azman.
wahh hebat nie
sukee adi dan rita nie
aduhhh baru je nak buang astro 134 tuu
ekekek kena sambung balik lah langgan walau A&H dah habis
pandai tulll astro nie kannnn ! ;))
Macam best ni..
suka dengan pelakon² tu..
tapi ktorg tak langgan Astro mustika..
wah…novel yg sy paling suka…antara novel aisya sofea ni…bila diadaptasi dlam drama mmg sgt2 x sabar nak tgk…
ps : mohon share juga ya sinopsis ni 🙂
mesti ramai orang perempuan suka tengok cerita ni..