DAN di antara rahmat pemberian-Nya. Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur. (al-Qasas: 73)
Berusaha mendapatkan rezeki halal dituntut dalam Islam. Malah di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menganjurkan umat Islam supaya berusaha mencari rezeki halal.
Ayat-ayat al-Quran menjelaskan bahawa berkerja adalah tugas serta tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan merupakan satu ibadah. Malah, sebarang usaha mencari rezeki halal adalah fardu ain. Rasulullah s.a.w. mengingatkan : Mencari sesuatu yang halal adalah fardu selepas menunaikan fardu (sebelumnya).
Thanks for sharing aju. Good info.
Peringatan buat kakak nie Aju. Moga kita sentiasa ingat yg rezeki kita diperlolehi dgn keredhaan Allah.
habis bayar hutang cukup cukup makan je ๐
Moga berkat Rezeki kita..
Moga rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan dariNya..
Semoga segala tugas yang kita lakukan, penuh ikhlas.
Mudah-mudahan
semoga rezeki kita senantiasa diberkati Allah SWT