Kali ini kami dah jumpa port terbaik melepak sambil makan char kue teow yang best di Sri Gombak. Nama restoran ni Aimar Corner. Memang ramai orang setiap kali kami makan di sini. Secara keseluruhannya char kue teownya memang mantap, sedap dan kena dengan selera tekak kami anak-beranak.
Kalau korang tengok kue teow tu memang terliur kan? Hihi sowey kalau buat korang ngences ye. Saya just nak share tempat makan best supaya mereka yang tinggal berdekatan restoran ini boleh mencubanya. Lagipun kedai ini milik orang melayu, kan bagus membantu ekonomi sesama kita ;). Saya tak dapat apa-apa komisen pun, diskaun harga jauh sekali ;). Tengok Puan Blog ni, kalau makan sampai dah tak tengok kiri kanan kan.
Saya pilih char kue teow, suami saya makan kue teow kungfu dan anak-anak makan kerang rebus. Siap ada jeruk lada lagi kat atas meja. Harga makanan di sini pun berpatutan. Korang boleh pilih nak kue teow biasa, special atau lebih kue teow mahupun kerang. Bukan itu sahaja, mereka juga menyajikan keropok lekor dan otak-otak sebagai hidangan sampingan.
Jadi sesiapa yang teringin nak mencuba, bolehlah datang ke restoran mereka seperti di alamat yang tertera di bawah ini. Kat sebelah kedai Aimar Corner ni, restoran JM Beriani House, kalau korang rasa masih tak kenyang lagi setelah mencekik kue teow tu, bolehlah masuk kedai sebelah tu pulak hihihi.
Shah Alam
Lot 40,42 dan 44G,Jalan Opera G, U2/G, Taman TTDI Jaya, Selangor
Batu Caves
Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor
Hmm nyummy!!
sedapnyer aju weyy..terliur la pagi2 ni..
bagus ni ..nyum3..sedapnya
adui..x leh tahan tgk kerang tu..suka..suka..
sedapp nyee
akk dah lama x makan charkuehtiaw nie ..
disini payah nak cari kedai sedap .. huhu
Tak apalah kakak tengok aje puan blog makan. Betullah makan mana boleh toleh sana-sini bimbang tak masuk mulut kan hihi…
Sedapnya ….memang terliur tengok…
Wowww!! Seyes, memang dah terliur ๐
KERANG TU FEBERET ATHIRAH..DEKAT KUCHING NI SUSAH NAK JUMPA KERANG,KALAU ADA PUN MAHAL..HUHU
Wahhh… Seb baik tgk malam. Siang tadi posa. Mmg terliur habis la…
sedapnya…udangnya pun besar
sedap tu char kue teow,lama dah x mkn kat kedai yg hanya ada jual char kue teow nie.
Terliur sudah.