Makeover Almari Hiasan dengan cat putih Ala Inggeris Style

cat almari lama

Makeover almari hiasan

Oppa english style!! Oppa oppsss jangan over!! jangan over!! Ok episod DIY kali ini, hehehehe macam program TV deko-deko pulak kan, saya nak membawakan semua pembaca untuk melihat make over almari hiasan yang saya beli di kedai perabot Cavenzi 5 tahun lepas.

Lama kan? Saya dah berniat nak buang je almari ni, tapi sayanglah sebab ianya masih elok dan masih boleh berdiri teguh lagi.

cat almari warna putih

Cat nippon putih

Ingat tak saya menang Giveaway Nippon Paint aritu?? Ingat tak? Sambil kelip-kelipkan mata ini. Hammm kalau tak ingat tak mengapa, boleh baca di entry ini.

HA dengan cat nippon itulah saya merealisasikan konsep inggeris ini. Oklah, saya sebut nak cat almari tu Sabtu malam, lepas saya balik dari SSB2013. Then pagi Ahad tu suami kata marilah kita mulakan acara ini secara berjemaah. OK ;)!!

cat almari lama

Ha tepat jam 8;00 pagi, waktu tu tak panas sangat lagi sedang elok cuacanya, so saya mulakan mengecat. Punyalah bertuah suami saya tu, saya dan anak2 ngecat, beliau baik punya membelek Yamaha dia tu.

Hmmm syukurlah ngecat itu mudah bagi saya, sebab kita minat jadinya tangan ini sangat laju membuat kerja. Saya ni bukan jenis kuat membebel, jadi malas nak bising-bising dan saya teruskan dengan make over almari.

makeover almari lama

Siap cat almari lama

Tarraaaa..lihatlah langkah ini secara mengikut nombor turutan ye, cantik tak? cantik tak? Hmmm saya cat ni 3 layer tau, pukul 11.30 pagi baru siap cat. Syukur sangat cuaca very sunny. So memang cepatlah kering cat tu.

Dan saya ingatkan, kalau anak-anak nak menyibuk nak cat, korang layankan jelah, jangan dimarah diherdik dan larang diorng membuatnya. Sebab diorang boleh bertahan paling lama 15 minit je, pastu diorng masuk rumah tengok kartun. So kita pon tak sakit ha?????? Hatiiiiii…

BACA  Misi mencari rak tv simple di IKEA termakbul

makeover almari hiasan

Hmmm saya letak almari tu kat tepi dinding dulu, saya nak letak hiasan bunga english dan lapik doily kat situ, wahh tak sabar nak beli kain dan jahit doily tu. Hmmm oklah itulah tips DIY makeover almari hiasan kali ini, see you next episode..Daaaaa

18 thoughts on “Makeover Almari Hiasan dengan cat putih Ala Inggeris Style”

  1. cantik!! suke!! oppa english style…haha

    tahan lama jugak perabot cavenzi ni ek…aritu berkenan jgk dgn rak camni…blh la buat mcm divider kan…

  2. just nice, yg 5 tahun boleh nampak baru…

    anak2 memang, pastu kena tgn mulalah, tinggal.. haha.. kami pun suka ngecat.. masa masuk rumah dulu, cat berdua je dgn suami, itu yg de bilik tak siap2 catnya.. haha.. pastu, rasa mcm luar rumah tu buruk amat, cat putih sekali lagi (sbb cat tu je yg tinggal)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: