Majlis Sepetang Bersama Blogger [SBB2013]

Photobucket Pictures, Images and Photos

Petang ini jam 2:00 petang saya akan menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran bro Denaihati yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor. Hmmm berdebar-debar hati ini. Saya ini pemalu sih orangnya, kalau di entry saya bercerita panjang berjela tapi kalau berjumpa mungkin sepatah dua je kata-kata saya.

Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network :

1. Bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indoensia.
2. Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.
3. Pertemuan berkongsi pengalaman bersama Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara.com, Amanz.my, Benashaari.com, Yuyuzulaikha.blogspot.com, Kujie2.com, Apesal.com dan banyak lagi.
4. Pelancaran blog baru Denaihati dan produk baru Denaihati.
5. Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh Rakan Denaihati Network.
6. Penyerahan hadiah iPhone 5 Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.

Anak-anak2? Disebabkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan dibawa sekali, seperti biasalah saya poskan mereka ke rumah kakak saya di Gombak juga. Kesian kakak saya yang terpaksa menjaga anak-anak kalau saya ada kursus atau ada hal di hari Sabtu. TQ Mak Ngah, jasamu dikenang!!! Kalau weekdays memang ke rumah pengasuhlah diorang tu. Hmmm doakan ibu ye anak-anak, nanti ibu belikan mainan untuk kamu.

Suami? Suami saya pergi ride dengan kawan-kawannya. Hmm tidak keruan beliau duduk di rumah dengan kami jika tidak dapat menunggang motornya tu.

Nanti saya update cerita dan gambarnya ye. Hmmm berdebarnya saya nak jumpa blogger alam maya, hmmm rasa kerdil diri saya yang tinggi lampai ini kekekekek.

BACA  Sudah mampu tersenyum

12 thoughts on “Majlis Sepetang Bersama Blogger [SBB2013]”

  1. as salam jiran…hehehe

    Tak sangka ada blogger jiran kat sini, tp sayang tak sempat jumpe ngn ambe….hehehe

    Salam perkenalan drp hafizmohd.com…

    p.s.biasalah…ambepun pemalu jugak…keh3

  2. haha..gambar titan ni mana..tak dpt tengok ..kah3.. Saya tak dpt g, tahun depan kalau ada lagi insyaAllah saya g kalau panjang umur

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: