Dah lama saya tidak menambah koleksi barangan tupperware yang menjadi idaman semua kaum hawa ni ;). Memang rambang mata dibuatnya kalau membelek semua koleksi bekas makanan yang berwarna warni ini. Bukan boleh beli tiap2 bulan pun bekas ni kan, sekali sekala bolehla.
Biarpun harganya agak mahal, tapi kualitinya baik dan jaminan diberikan kepada semua barangannya. Kalau simpan biskut atau stok makanan dalam bekas ni sure tak lemau atau masuk angin sebab tutupnya rapat dan kemas je.
Itu kalau tutup rapatlah kan, kalau ada tangan yang dah bukak tapi tak tutup elok-elok ha tu yang buat biskut dan ibu dia hhaaaanginnn satu badan kekekekeke.
Kalau nak dijadikan hadiah kepada kawan-kawan pun boleh juga. Hadiah hari lahir, hadiah naik pangkat mahupun naik pelamin. Emmm memang naik juling mata tengok katalog Tupperware tu. Saya mengidam tengok bekas simpan beras tu, ada yang hadiahkan kepada saya? ๐
Tak mengapa ada rezeki lagi, kita sambar pulak yang itu ekk ;). Sekarang ni pun boleh buat style kutu, gilir-gilir dapat barang lepas cukup duit dan sampai gilirannya. Hmmm pasni sambar rice dispenser tu pulak ekekeeee
wah…sy pun dah lama x beli tupperware ni..betul tu..sekali skala boleh lg diturut minat beli brg tupperware ni memandangkan harganya mmg mahal. tp berbaloi..
akak pun kaki kumpul jugak, rasa bersalah pulak sebab banyak yang belum digunakan
boleh isi pelbagai makanan dalam tu, kualiti tupperware memang di antara terbaik
cepat habis duit bila beli tupperware ni. ye la… semua nak.
pulak tu asal gaji je, ada org bukak booth kat kantin opis… hahhaha
wow byk tu, akak blom ada yg jenis 4 segi ni, yg bulat akak dah ada.
teringin gak beli rice dispenser ni…harganya dalam 200 lebih kot…
Suka brg2 tupperware. Sebab kalerful.
haaaaa nooooooooooooooo
larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ;))
rice dispenser? penah suarakan kat hubby sambil tunjuk katalog..
dia buat tak paham sambil kerut2 kening dan pusing2 katalog ala ala ramli baca surat si Ros anaknya pendekar Mustar pulak..nyampah…
mahal produk ni… tapi after sales servis dia memang bagus
cntik dn bekenan tgk tuperware yg kalerful cmtu…biar mahal skt asal tahan kan..
wow! ini dah kalahkan mak mertua ambe ni..heheehe…byk betul…
satu yg pasti, kualiti dia mmg terbaik!