Hari-hari maauuuuu masakk!!! Hmm weekend memang saya wajib masak. Suami kan every Sabtu kerja sampai malam dan Ahad pergi ride dengan kawan-kawan dia. Kalau ikutkan weekend makan luarlah kan? Tapi keadaan memaksa saya Jahh!! Urat malas saya bersimpul-simpul ni, nak taknak terpaksa jugak masak sebab bebudak ni suka masakan air tangan ibu diorang ni kekekekek. Siapa lagi nak puji masakan sendiri kan.
Pada saya menu Nasi Tomato dan ayam masak merah ni mudah jika kita suka makan dan memang suka nak memasaknya. Anak-anak saya memang jenis kaki makan apa saja tolak batu dan kayu. Memang seronok sebab asal masak je habis, asal habis je lapar nak makan lagi jek kejenya.
Jadi hari ini saya masak lebih sikit supaya tahan sampai malam. Saya mula masak tadi jam 9 pagi dan sekarang jam 10.20 pagi semuanya sudah siap dan sedia untuk dimamamm!!! Masa saya masak anak-anak dengan aktiviti kartun diorang. Najwa pula siapkan homework. Wahhh sepahnya rumah!! Dah siap masak kemas rumah pulakk!! Fuihhhh!!!
Apa nak buat itulah tanggungjawab seorang yang bergelar ibu. Selagi mata belum ‘tertutup’ selagi itu semua rutin harian akan berputar minta dilunaskan. Apapun orang perempuan memang wajib BERDIKARI, tak boleh harapkan suami untuk buatkan semua. Saya pegang itu dalam hidup saya dan saya taknak kecewa jika suami tak boleh tunaikan semua keinginan saya. Hmmm rasanya jap lagi nak keluar dengan anak-anak pegi Hytex Warehouse Sale. Mampukah saya tanpa suami menemani? Nantikan episod seterusnya Hawa tanpa Adam hehehe.
Kakak masih di pejabat Aju. Balik pukul 12 kejap lagi. Biasa sabtu tengahari Mak Zah yg masak hari-hari lain kakak masak. Terbayang nasi tomatao pulak dah akak ni aju.
Apa susah nak pergi shopping ‘Adam’ besar tak ada tapi ada “Adam” kecik boleh tolong sibukkan sikit masa shopping kan hihi…
aju.. akak minta sikit..
Awalnye Aju masak.. 🙂
Begitulah tanggungjawab kita sebagai isteri & ibu…kerja tak pernah abis..hehe..lawak ayat akhir tu.. 🙂
yelah dik .. gitulah 😉
rajin aju masak nasi special nie..
sedap niee
masak dgn penuh kasih sayang kan 😉
dik .. ada TAQ tau
Wahhh rajinnye masak pagi pagi. Mood masak sudah datang ye..
nampak sedaplah…nanti nak cubalah…
uhhhh…. sedap!
masak lebih tu, mmg tahan lama ke? kan sedap…. masing2 bertambah, lunch time jugak habisnya =)
sedap nya nampak …nyum3
Air tangan seorang Ibu yg terbaik..
Anak2 mesti suka punya 😀
Sedapnya.
pandai aju masak nasi tomato..fieda dok pernah try lagi test masak nasi ni..
wah sedapn nih…rajin mama aju masak.