Korang ingat lagi saya ada beli voucher MyDeal aritu? Tak ingat? Takpe anda boleh baca kat entry ini ye. Saya dah buat appoinment dengan Jari Spa untuk redeem my voucher tu today. Selepas settle semua urusan hantar anak-anak pegi sekolah [puan blog masih bercuti panjang ;)], saya kemas-kemas rumah, vakum, sidai kain dan tepat pukul 9:15a.m terus saya gerak. Appoinment saya jam 10:00a.m, tapi sementara nak sampai tu saya pegi isi minyak dulu then barulah ke Jari Spa, Wangsa Maju.
Sebaik tibanya di spa, saya tekan door bell ;), dan saya disambut oleh pekerja spa yang manis. Terus saya dipelawa duduk dan saya serahkan voucher yang telah di print kepada adik tu. Melihat ke dalam spa, suasananya tenang sekali. Oh ya, spa ini terletak di ground floor, biasa kalau saya pegi spa tu mesti di tingkat 1.
Setelah itu, saya dibawa masuk ke dalam bilik rawatan. Saya lihat bilik urutan sekali dengan bilik air. Nice! biasa dua bilik ni asing-asing tempatnya. Ok rawatan pertama ialah relaxing foot spa. Rendam kaki dalam air suam pastu urut-urut sikit.
Kemudian full body massage dan body scrub. Biasalah Jah, kalau kene urut mesti rasa geli pastu sakit. Rasa nak tendang tukang urut tu pun ye, tapi tahan jelah ;). Memang lega selepas diurut setelah penat dengan urusan persekolahan.
Hihi apa yang penat sangat pun tak tahulah. Tapi saya tabik dengan para surirumah, memang banyak tugasannya kan. Nak masak, layan anak-anak, siapkan baju dan beg. Memang terasa penuh jadual 1 hari.
Saya juga ingin kongsikan kebaikan berurut yang saya baca di sini.
1. Melancarkan perjalanan darah :
Apabila seseorang wanita itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.
2 Mencantikkan kulit tubuh dan wajah :
Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakan minyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan minyak halia. Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang kekotoran yang terperangkap di dalam kulit.
3 Menenangkan perasaan dan mengurangkan tekanan:
Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.
4 Membuang toksin
Urutan juga diyakini mampu mengeluarkan toksin yang berkumpul di baeah permukaan kulit.
5 Membantu mencantikkan kulit bahagian luar
Jika suplemen yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan pula bertindak sebaliknya. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk berurut mampu menyihatkan kulit bahagian luar. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik.
Semakin usia meningkat, urat-urat di dalam badan tidak aktif seperti usia muda. Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan. Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul.
Oklah itu sahaja laporan tuan blog. Nampak mata baru bangun tidur ;), diurut sampai tertidur ko Jah!!! So far oklah servis kat Jari Spa ni, saya bagi 3 dari 5 bintang. Oklah sekian daaaa
ingat nak berurut jugak…bawah prut aka ari-ari koi ni sakit sangat. tak pernah pulak ngandung rasa sakit camni
Dah lama kakcik tak ke spa. Rindu pulak rasanya nak memanjakan tubuh… ๐
Bestnya. Last berurut masa dalam pantang last year. Ni yg rasa nak gi spa nih.
bestnya berurut. Akak pun rasa nak berurut je tau, lenguh seluruh badan ni..huhu
boleh lah sy berurut ..tp guna cara kmpung..haha..
urut mcm gini tak biasa..keh3
wangsa maju? cuba share harganya pulak. hihihi…. dh lama tak memanjakan diri ๐
Bestnye…Tak pernah lagi berurut kat SPA… Teringin jugak nak merasa..^^
akak jenis penggeli, tak sanggup.. kang tak pasal2 melompat dok tahan geli
tak redeem lagi photobook voucher. adehhh…