Saya yakin ramai ibu bapa bercuti hari ini kerana mendaftarkan anak-anak bersekolah. Pagi ini mendaftarkan Najwa Darjah 2 di Sekolah Agama KAFA berdekatan rumah saya ini, atau lebih spesifiknya di surau kawasan perumahan. Jaraknya agak dekat dengan rumah saya dan rumah pengasuh.
Orang kata kalau jalan kaki tu tak sempatlah nak berpeluh ketiak, namun dekat-dekat tu pun kerisauan tentang keselamatan Najwa tetap ada. Mintak dijauhkanlah hendaknya dari perkara yang tidak diingini.
Dan ini Najwa hari ini ;). Baru balik sekolah agama dan bersiap nak sekolah kebangsaan. Nampaknya gembira kan? Hopefully semangat ini akan berterusan setiap hari ;).
Makan lunch tak habis, ibu masak tak sedap ke Najwa? Sedap katanya, tapi saya agak najwa nervous nak masuk sekolah kot ;), Biasanya Najwa ke sekolah naik bas, tapi hari ini saya temankan pegi dan balik.
Belajar rajin-rajin ye sayang, kelasnya di Sek.Keb. Seri Gombak kat tingkat 3 pulak tu, hongeh naik tangga ;), takpelah exercise sambil mengeluarkan peluh kan Najwa ;). Selepas temankan Najwa saya terus balik, tahun lepas temankan sampai waktu rehat, tapi tahun ni anak ibu mesti punya kawan kan? Jadi kamu harus berdikari. Ibu balik dulu, jumpa Najwa petang ni pukul 6.30 ye, daaaa!!!
Betul Aju walau dekat tapi tetap bimbang sebab main depan halaman pun boleh jadi macam-macam apa lagi bila kena keluar dari rumah.
Harap tak adalah yg tak diingini terjadi.
sekolah sesi petang ya…bukan anak sahaja..ibu bapa pun excited n nervous anak dah start sekolah..duk terpikir…cemana la anak kat sekolah tu..
setuju dikk
semua kena teliti skrg nie
nak biarkan mereka pun x boleh kan ..
akk pun baru lepas penat hantar dan ambil anak2 .. huhu
jadi macam nie pula .. hati sedih
walau sedih kerja2 harian kena juga buat ..
Nampak bersemangat Najwa..moga berterusan ye & belajar rajin²..^^
sekarang ni, bukan jauh atau dekat. macam2 boleh jadi. tak mengenal tempat, jarak dan masa!
seronok aje najwa… pasti dah ada kawan baik yang menanti 🙂
haha…dah sekolah dah balik semula..
belajar rajin2 ..nanti boleh tolong ibu
pasni ari2 la najwa boleh exercise ye..