Fiuuhhhhh selesai sudah Majlis yang buat saya senak perut 2/3 hari sebelum ianya berlangsung. Makan semestinya berselera, tidur lena dan mandi of course basah, biarpun hati dup dap dup dap namun saya gagahkan jua diri untuk ke sana. Banyak yang saya fikirkan, saya pergi ni seorang diri kalau dah berjumpa sesama blogger nak citer pasal apa? Maklumlah pertama kali pergi event macam ni. Saya memang pemalu!! Dalam dewan pun saya tak bergambar dengan blogger lain selain mereka yang berada satu meja dengan saya hihihi. Melampau kan, sombong ke saya? Haippp saya ok kan? Tanya si Nadot, blogger pertama yang saya jumpa sewaktu nak solat Zuhur.
Jangan kata saya nyorok dalam surau pulak tau hahahahaha. Saya sampai awal, jam 1 petang, so register pulak jam 2 petang, jadi dengan tidak membuang masa terus saya ke surau untuk mendirikan solat. Owhh lupa nak citer, sewaktu saya parked kereta, rupanya sebelah saya tu kereta Zarul Umbrella, dan sewaktu tu saya tengok dia, saya pikir, nak senyum ke tak? nak senyum ke tak? Mesti dia pun pelik tengok awat minah ni tengok dia semacam kan? Segannya nak tegur, walaupun suami tiada di sisi saya tetap menjaga tatasusila tau kekekekeke.
Kemudian sempat bersalaman dan berkenalan dengan blogger cik pjaz, kak ain dan Cik RA yang merupakan rakan sekerja ciklaili, mereka berdua ni luck sangat-sangat sebab dapat cabutan bertuah iaitu tudung dan ipad mini!!! Wahh rezeki kan!!!
Sewaktu majlis berlangsung, saya duduk semeja dengan blogger Ema, Mrsfiza, cikgu naman, Kak jie. Awesome!!! Kesemua mereka dapat hadiah cabutan bertuah except for me and ema. Tahniah korang!!! Semasa sedang mengambil makanan untuk memujuk sang perut yang kelaparan, sempat pulak menjeling ke arah blogger famous lain seperti shakiddo, eyriqazz, yuyu zulaikha, bicara mak dara, bro beautifulnara dan lain-lain. Hmmm memang takde peluang nak bergmbar sebabnya segan tahap gaban. Hahahha dan yang paling best sempat tegur seorang blogger kaki cendol ni iaitu si Titan. Pemalu pulak dia ni, ke saya yang terover? Hahahha
2 mini forum yang berlangsung banyak memanfaatkan semua pihak, tips yang dikongsikan oleh beautifulnara dan kak jie sememangnya menjadi pedoman yang ikutan terutamanya buat blogger seperti saya. Berblogging perlu tahu arah tujunya dan blog kita ini lebih menjurus kepada blog hiburan ke, kekeluargaan ke atau tentang kesihatan. Fokus itu penting, bak kata kak jie, kurangkan ber FB barulah ada masa untuk update blog dan banyakkan membaca untuk tambah ilmu di dada. Baca! Baca! Baca! (lebih kurang cenggitulah kata-katanya kalau salah minta betulkan, yang baca 3x tu saya yang tambah hehehe)
Oklah last sekali sempat jugak berkenalan dengan blogger fieza yang merupakan isteri kepada blogger hafizmohd.com. Hahahahha gelak dulu baru boleh cerita. Rupa-rupanya kami jiran taman bersebelahan di Sri Gombak. Tak sangka kecil sahaja dunia realiti dan alam maya ini. Ada masa boleh kita berjumpa, suami dan anak-anak rajin mengayuh basikal pagi-pagi weekend, kot-kotlah terserempak kan bolehla join skali :).
Hmmm itu sahaja laporan dari saya untuk kali ini. Tiada yang mengujakan selain menatap gambar-gambar sepanjang majlis ini, saya copy from Denaihati Network (minta izin ye tuan punya). Adiosss
wowwwww bestnya..
wah, bestnya kak ju… gambar kakju mana ๐
akak duduk di tgh antara ema an mrsfiza ๐
insya allah kalau ada majlis macam ni lagi bolehlah kita jumpa. mesti dah tak rasa malu2 kucing lagi kan..?
opss..baru perasan. rakan sekerja saya yang datang ke SBB ialah cikRA & kak Ain..
manis2 hensem2 gambar abang ensem..hihi
Bestnye dapat jumpa ramai kawan blogger…
Samalah kita ni Aju..pemalu..kalau orang yg tak kenal mungkin cakap sombong..dalam blog jer banyak cakap ni.. ๐
kak jie baru balik dari Kuantan, cuba intai orang lain update..hihi
sebenarnya kak jie nak ckp hal lain, tp kelaut membebelnya
wah, bestnya aju pegi event camni….
event ni dijemput ke blh je nak pegi? kalau dijemput, mmg tak merasa la aanie nak pegi….huhuhu….
k.aju tetiba mghlg..trus balik ke? nak bergambar waktu hbis tu best skit berdiri..tgk2 dh tkde.. hbis plk lmbt smua dh kalut nak blik..tmsk kam..hehe
best kat sana, blogger2 semuanya okay tak…
boleh.. boleh.. kadang2 kami pun pergi main kat padang fasa 5 tu.. hehe.. rumah kami dekat dgn padang fasa 4..
bestnya aju n blogger lain..sy x dapat nak join sbb ada kelas..teringin gak sebenarnya..
Meriahnya. Teringin juga nak join event mcm ni tapi malu lah.
bestnya! cabutan bertuah ipda mini. baru berangan =)
kadang2 kita ni, mmg jiran pun x kenal. hihihi
KENAPA X AMBIL GMBR DGN BLOGGER FOFULAR AJU..SYGNYA..HEHE
Memang sangat pemalu tu kak Aju… saya tahu, saya heret akak ambik gambar dengan semua2 yang saya ambik gambar sekali…hehehe
Jumpa lagi, insyaAllah! ๐
agaknya..ema balik awal tu yg tak bertuah…hehehe
wah..seronoknyer..
Koz pun pertama kali join event blogger ni..xpi mmg seronok sangat2 bertemu sesama blogger^^
sronok baca.. tersusun je ayat. wat org xrasa nk skip baca..
sue pn pemalu, penyegan gak ni.. nasib baik hari majlis tu sue bz ngn tugas, so xde la rasa malu sgt.. hehe
tak apelah yang penting bisa menyerap ilmu dari blogger-blogger top tersebut
Tentunya banyak ilmu yang dikongsikan dalam Pertemuan Sepetang Bersama Blogger 2013 tersebut…
Melihat gambar-gambar kemeriahan SBB2013 memang menyenangkan dan akan lebih menyenangkan kalau bisa bergabung dalam acara tersebut
Sama la kita malu jg..Kalau semeja ok jg se geng…dia orang dah glamor banding akan..apapu n syukur alhamdulillah dapat mini iPad..in shaa Allah ada rezeki kita jumpa
hahaha.. kenapa nak segan tu?hehehe