TQ Abah | Sepatu Untuk Kami Semua

Photobucket Pictures, Images and Photos

Malam tadi suami saya buat kejutan untuk kami anak beranak. Najiha terjerit-jerit dari luar. Ibu! ibu! abah belikan kasut untuk ibu. Saya cakap, eleh!! Yelah tu!! Suami saya ni jarang belikan hadiah untuk saya. Selalunya saya akan dapat hadiah masa birthday or anniversary. Dan kebiasaannya juga saya akan beritahu apa barang yang saya nak dan suami akan belikan.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dan tak disangka-sangka malam tadi, bukan sahaja saya malahan semua anak-anak dapat hadiah juga! Alhamdulillah, abah kata ini hadiah sebab kami semua sabar melayan kerenah dan hobi baru abah iaitu menunggang bike nya. Selalu kami kene tinggal, saya ada juga merungut sebab abah sudah tiada masa untuk kami. Merajuk usah cakaplah dan yang pasti muncung saya panjang sejauh 2km kekekeke.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Emmm berbaloi rajukan saya ni hihi. Bukan apa, korang tau-tau jelah kan bila merajuk fikiran serabut kan. Sedih, sakit hati dan letih semua bercampur baur. Jadi bila merajuk tidak dipujuk lagi sedih Jah!! Saya ni emo tau, sensitif pun ye. Saya tau berdosa tapi biasalah manusia yang punya hati dan perasaan kan.

Photobucket Pictures, Images and Photos

TQ abah, saya suka slipper ni sebab saya parking jauh dari ofis. Jalannya penuh liku-liku dan naik turun bukit. Slipper ni lembut dan selesa, memang terbaiklah. Besok saya cerita bab parking kat ofis ni plak ye ;). Jadi raya ni masing-masing dah dapat kasut, hihi awalnya dah shopping raya ye :).

P/S ~ Nanti nak merajuk lagi, mana tau saya dapat kitchen kabinet baru ke kan? [Tangan di dada mata ke atas] Hehehehe

Photobucket Pictures, Images and Photos

13 thoughts on “TQ Abah | Sepatu Untuk Kami Semua”

  1. Seronoknya abahnya boleh belikan tanpa bawak anak-anak untuk try.. dah tau dah size wife & anak2 ye… ni yang nak suruh hasben betul2 hafal size n ukuran kaki ni so dia leh wat surprise kasut/slipar juga… hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: