December 3, 2020

TQ Nippon Paint, rezeki dapat cat pulak

Bulan lepas saya ada join Giveaway di Facebook Nippon Paint. Alhamdulillah, ada rezeki nak dapat “5Liter can of innovative wood & metal paint”. Sapa nak bagi percuma kan kalau bukan Nippon Paint ;). Kiranya hadiah ini untuk raya tahun ini lah kan. Amboi Jah, puasa tahun lepas belum habis berganti dah nak raya sekali lagi ye.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya baru terima surat pemberitahuan ini semalam. Jadinya kene collect sendiri di ofis mereka di Subang Utama. Alahai bab-bab nak self collect and drive ni yang malas ni. Ada sesiapa yang sudi nak jadi driver saya? GPS dalam kepala saya ni belum update lagi area sana tu. Tapi kalau area Sogo, KLCC, Jakel Shah Alam insya Allah, GPS updated!!! hehehhe

Photobucket Pictures, Images and Photos

Takpelah nanti ajak hubby gi collectlah, saya cuti seminggu ni, nak ngabihkan cuti tahun 2012. Even dah cuti seminggu, masih lagi berbaki untuk dihabiskan sebelum bulan Mac 2013 ni. Banyak cuti ko Jah?? A’ahlah, tahun 2012 tak cuti sangat sebab simpan kalau-kalau anak-anak tak sihat.

Nampaknya mereka sihat walafiat Alhamdulillah. Kalau korang ingat tahun 2011 kan saya cuti berderet sebab anak-anak chicken pox kaedah bergilir-gilir kan? jenuh saya menggunakan cuti sebaiknya masa tu 😉 Suami pulak kat Perak, sedihh tauu..

Hmmmm berikutan itu saya jimat-jimat guna cuti macam guna air jugaklah hehehe. Bos pon laju je approve tanpa banyak soal. Oklah ada sesiapa yang join contest tu jugak ke? Dah collect cat anda? Kalau belum pegilah collect cepat sebelum 17/1/2013.

P/S : Dah terbayang suamiku cat tangga dan grill umah dengan cat baru. hahahha ok ye bang? Abangggg jugak!!! Sambil tangan di dada, mata ke atas hehehehhe..

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

20 thoughts on “TQ Nippon Paint, rezeki dapat cat pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: