Parenting Adam tanpa diapers, weehuu!!! February 13, 2013

Spread the love

Apa khabar korang semua??? Harap-harap sihat hendaknya almaklumlah sekarang kan musim demam selsema bagai. Anak-anak saya yang bertiga tu dah beransur sihat, Najwa dah elok dari ulsernya, Najiha dan Adam masih batuk selsema tetapi terkawal :). Mekasih juga atas doa kawan-kawan.

Hari ini saya sudah mula bekerja. Suami pula bercuti kerana ingin menjemput maknya pulang dari mengerjakan umrah. Anak-anak pun masih bercuti dan akan memulakan persekolahannya besok hari.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Nak cerita tentang Adam yang berjaya pee pee and poo poo di toilet. Sebenarnya ini kali pertama Adam tanpa diapernya. Kali pertama jugak kami semua bertepuk tangan sebab Adam dah pandai cakap nak gi toilet, Adam nak berak. Adam nak tencing, hihihi waktu tu comeellll sangat Adam tu ;). Tengoklah first time poo poo di toilet, jadi bahan tontonan umum ko. Saya berlari dapatkan hp dan snap gambar Adam, tapi yang kelihatan lebih ketara ialah montot si Abah ko pulak Adam kekekeke.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Seronok sangat tengok Adam jalan kedek-kedek kuar bilik air dan pakai sendiri seluar dia tu. Alololo tomei-tomei sangat hero tecit ibu ni. Saya banyak psiko je dengan Adam ni. Dah sebulan bagitau dia takmo pakai pempes dah. Hari-hari remind “Adam dah besar, dah boleh tak pakai pempes” “Nak kencing cakap macamana? Nak berak cakap macamana?” Mesti korang pun macam tu jugak kan? πŸ˜‰ sweet

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dan barulah malam tadi kami mencuba untuk misi no diapers dan Adam berjaya!!! Tapi Jah, kene ulang-ulang cakap, “Adam nak kencing?” “Adam nak berak?”. Nak kencing cakap tau. Berulang-ulang 3 minit sekali, emmm tak sampai kot, sebab saya risau dia membasahkan karpet tu, tu yang saya cakap acapkali tu. Dah macam jual tilam pulak rasanya hehehe.

Hari ini di rumah pengasuh saya dah ingatkan kakak tu yang Adam sudah boleh ke toilet sendiri. Tak tahulah macamana aksinya di rumah maknya tu. Harap-harap ok sahaja hendaknya. Go Adam Go !!!!!

Owhh lupa nak cakap, Adam genap 3 tahun 2013 ni. Inshaa Allah. Tapi malam still pakai diapers lagi kalau tak lencunlah tilam ibu abah πŸ˜‰


Spread the love

Tags : , , ,

18 Comments

  • kak ieda posted on February 13, 2013 at 10:11 am

    alhamdulillahhh
    syok bila dgr ..
    mudah kan πŸ˜‰

    Reply
  • lily @ MamaQistina posted on February 13, 2013 at 10:29 am

    Good Job Adam…ChayokΒ²…Adam pasti boleh..hehe..sempat lagi ibu amik gambar ye…Rasa seronokkan bila anak dah free diapers..Qis pun free diapers sepenuhnye masa umur 3 tahun…dia sendiri yang tak nak pakai..
    lily @ MamaQistina recently posted..Kenangan Di SarawakMy Profile

    Reply
  • IntaNBerliaN posted on February 13, 2013 at 10:55 am

    Good boy lah adam nih!!

    mmg excited kan kakju… sy pun masa alisha dh berjaya free diapers… rs nak melompat2… hahhaha.. betapa terujanya kita ibu2 tgk perkembangan anak2.. πŸ™‚
    IntaNBerliaN recently posted..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013My Profile

    Reply
  • umialya posted on February 13, 2013 at 11:02 am

    kalu ter.. mmg kena sabar..
    umialya recently posted..Masih di sanaMy Profile

    Reply
  • Kak Zakie Purvit posted on February 13, 2013 at 11:05 am

    Bagus Aju… kita kena latih dan kena ingatkan selalu. Tak lama terus dah tak payah pakai lagi. Ambil masa sikit Aju.
    Kak Zakie Purvit recently posted..Walau cantik dan bebas terbang ianya tidak akan kekal lamaMy Profile

    Reply
  • BUI JUNAIDI posted on February 13, 2013 at 1:16 pm

    TAHNIAH ADAM..

    ANAK2 BUI DULU UMO 5 THN BARU DPT BUANG PEMPERS..HUHU
    BUI JUNAIDI recently posted..SEGMEN BAGI PI – http://WWW.PENBIRU.COMMy Profile

    Reply
  • ciklaili.com posted on February 13, 2013 at 1:55 pm

    tahniah untuk Adam yang dah pandai ‘berdikari’. lepas ni dah tak perlu pakai diapers lagi.

    * ciklaili.com pakaikan CD untuk anak πŸ™‚
    ciklaili.com recently posted..Tip Mudah Komen Di BlogMy Profile

    Reply
  • akak su posted on February 13, 2013 at 2:37 pm

    tak lama nanti dia terbiasa le nak tencing pegi bilik air. memula tu memang kena tanya byk kali. tahniah adam…hehehehe

    Reply
  • Ummi Hanie posted on February 13, 2013 at 3:27 pm

    tahniah…. brape ye umur adam?

    last week sy dah cuba toiet training ank ke-4 tu tp masih x berjaya… walopun dah asyik bertanya… haha…
    Ummi Hanie recently posted..Pemergian Blogger JeJaiMy Profile

    Reply
  • papa mifz posted on February 13, 2013 at 3:39 pm

    tahniah untuk Adam…dah pandai yer Adam…bagus2…:)

    Reply
  • fiezaradzi posted on February 13, 2013 at 3:51 pm

    okaylah tu.. kami yg si kecik ni lum lagi, tiba2 je dia tunjuk seluar dah basah.. haha.. sabo ajelah..

    tapi leh la kot, nak ajar cepat2, baru senang sikit, tak yah kuar duit beli pampers..
    fiezaradzi recently posted..Awan NanoMy Profile

    Reply
  • hairulafiz posted on February 13, 2013 at 4:24 pm

    samalah saya pun tengah mengajar anak yg kedua tanpa pampers. umurnya pun sama dengan anak AM
    hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday #16 : Suka dan takutMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on February 14, 2013 at 9:42 am

    Waahhhh!! Adam good boy πŸ˜€
    Myra Jay recently posted..Re : Prosedur dan cara yang perlu dibuat apabila barang ditahan pihak Kastam?My Profile

    Reply
  • aanie posted on February 14, 2013 at 11:51 am

    tahniah adam!!! good boy….

    sblm ni aanie dah ajar adam aanie jugak….tp x jadi, penat nak mengemop lantai..huwaaa…terus malas nak buat dah…..rasanya ni nak kena buat balik la kot…
    aanie recently posted..Ho ooo ooo….balik kampung……My Profile

    Reply
  • titan posted on February 14, 2013 at 4:12 pm

    haha..usaha itu lif kejayaan. jangan putus asa.
    titan recently posted..MITBCA 2013 – Angkara siapa?My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on February 14, 2013 at 5:48 pm

    Tahniah adam. Ni tgh nak ajar anak dara tu plak.
    Fiza Rahman recently posted..SIHIR CINTA, PENAWAR SIHIR dan SIHIR PENGASIH HALALMy Profile

    Reply
  • fieda posted on February 15, 2013 at 5:28 pm

    mmg seronok part free diapers ni..lega fieda dh lepas..

    Reply
  • syaifuddin alias posted on February 16, 2013 at 3:36 pm

    adam budak baik …weehuu πŸ˜€
    syaifuddin alias recently posted..7 Ayat-Ayat Cinta Yang TerindahMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply to IntaNBerliaN Cancel Reply

    CommentLuv badge