Balik Kampung Hati Riang ^_^

Photobucket Pictures, Images and Photos

Biasalah bila cuti panjang, memang wajiblah balik ke kampung jenguk mak. Saya dan suami kan jiran sekampung jadi tiada masalah untuk kami pulang bersama. Tapi mak mertua saya kan di Mekah sekarang mengerjakan umrah, jadinya kami bermalam di rumah sayalah hohohohoho!!!!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di pasar malam kat Durian Tipus, Negeri Sembilan. Eh lupa nak bagitau, kami tak ikut highway Karak sebab jem gilos!! Terpaksa ikut jalan dalam ke Kuala Klawang then ke Triang pulak. Korang tau ke? Ada aku kisah? Kekekekkeke takpe kalau tak tau sila abaikan. Si Adam nampaklah 3 ekor kambing sedang jalan-jalan. Biasalah menegur tu macam nampak kawan-kawan je kan ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Adam : Hai kambing!!! Tengah watpe tu?? Kambing, jalan elok-elok tau!

Kambing : Oit Adam ke? Kami nak balik umah ni dah nak malamlah!! Dah balik-balik!!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Haaa menjawab pulak si kambing ni, hehehehhe. Seronok ko jumpa kambing, yelah kat KL mana nak nampak menatang tu. Tu belum jumpa kucing ngan ayam habis dikejarnya sampai tak cukup tanah depa berlari.

Korang pun kat kampung jugak ke tu? Drive safely, emmm oklah nak pergi cari ikan patin pulak ni, nak masak gulai tempoyak. Waaaaa heavennya makan kalau balik kampung lalalaalaalaa

7 thoughts on “Balik Kampung Hati Riang ^_^”

  1. wah! seronoknya Aju dapat balik ke kampung sendiri. saya dah tak merasa suasana balik kampung sebab rumah abah & mertua mmg berhampiran dengan rumah saya.

    selamat tahun baru cina. boleh makan limau banyak2 🙂

  2. kampung kat mana aju? ikut jalan lama ek? ramai org? byk soklan pulak.. haha..

    dulu kat depan syarikat movers (kt sri gombaklah) de rumah kambing.. skg de lagi tak tau..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: