Demam dan ulser datang bertamu

Haa tajuk tak boleh blah kan. Ala-ala drama rindu bertamu di Abu Dhabi gitu ;). Ini kisah anak-anak saya yang tersayang. Mereka telah di serang demam dan ulser mulut secara berjemaah. Kalau solat berjemaah memang berganda pahalanya, tapi kalau penyakit yang berjemaah hmmm korang tau jawapannya kan ;). Fening Jahh

Adam dan Najiha hanya batuk dan selsema bermula semalam, manakala Najwa telah menunjukkan simptom ulsernya pada hari Sabtu sebelum kami bertolak ke kampung. Najwa nak gi klinik tapi saya ingatkan sakit mulut biasa je, jadi saya tidak hiraukan permintaannya nak gi jumpa doktor. Sian Najwa, teruk ibu ko ni kan. Semangat nak balik kampung telah mengatasi segalanya.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Selama 2 hari merengek dengan sakit lidah dan lelangit. Sampai demam menahan sakit. Klinik swasta semua tutup kerana cuti tahun baru cina dan Najwa terpaksa tahan kesakitan sehinggalah kami balik ke KL semula semalam. Tapi dalam masa sakit dan demam tu saya ada juga bagi ubat paracetamol untuk kanak-kanak. Lega sikitlah sakitnya tu.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Naik wheelchair tu berlakon je tu ;). Sempat lagi ibu bergurau dengan Najwa ye nak ;). Hidup mesti ceria!!! Kita bako!! Alhamdulillah sesampainya di KL terus ke Gombak Medical Centre. Semua anak-anak jumpa doktor, dapatlah ubat demam, selsema, batuk dan ulser. Syukurlah ada panel PMCare memang caring pada poket ibu ni ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Biasalah sekarang kan musim demam, selsema dan batuk. Hari-hari hujan dan cuaca tidak menentu, semoga anak-anak ibu segera sihat hendaknya. Hari ini kita berehat sahaja di rumah ;). Ish2 Najiha walapun tak sihat selera makan tetap maintain jek hihihi. Doktor pesan banyakkan minum air, ok doktor saya paham tapi anak-anak ni je yang susah nak paham 😉

6 thoughts on “Demam dan ulser datang bertamu”

  1. Jgn kata anak yg kena ulser tak boleh tahan Aju. Kita ni kalau kena pun sama. Kesian makan pun tak selesa. Panas dalam org tua kata. Kalau ada air zam-zam boleh juga buat kumur tapi terus telan lepas tu. Kalau kakak guna glister (product Amway) spay pedih tapi cepat sembuh Aju.

    Moga semuanya beransur sembuh ye…

  2. mogacepat sembuh ye anak2,kesian kat mak ni.. haha..

    cuaca kejap lain, kejap lain, tu yg bagi efek tu.. anak2 ok lagi, cuma selsema tu ada jugak..nak pulak jalan jauh balik kg, lagi lah..

    GMC- tempat saya bersalin anak kedua 2 tahun lepas..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: