Hari ini merupakan bulan ke 2 saya menggunakan losen Felinna Inchy Loss yang saya dapat ketika pertukaran hadiah di ofis pada bulan Disember 2012 yang lepas. Heehehhe dapat free uols jimat RM70 ;). Sebelum menggunakannya saya try google dulu apa kebaikan dan cara penggunaan losen ni. Taknakla sesuka hati je melumur kat badan, satgi panas memijar pulak dah haru.
Saya dapat info dari laman blog ini katanya,antara kelebihan penggunan losen ini ialah:~
1. Mengandungi aroma wangian semulajadi yang menyegarkan.Berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan.
2. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan.
3. Mempunyai rumusan semulajadi.
4. Buatan Malaysia yang berkualiti dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diluluskan oleh JAKIM dan mempunyai logo Halal.
5. Mengandungi aroma yang harum, tidak panas dan mampu membakar lemak dan menegangkan kulit.
6. Sesuai untuk mereka yang aktif.
7. Sesuai juga untuk golongan tua dan berumur โ boleh dijadikan sapuan menghilangkan sakit-sakit badan dan otot selain berupaya untuk menyingkirkan angin dalam badan.
Dan pertama kali sapuan, saya hanya picit losen tersebut sebesar duit syiling 10sen. Owhh terasa kenyamanannya. Lebih-lebih lagi kalau sapu kat perut, elok je lawas angin kus-kus tu keluar tanpa sebarang halangan ;). Digalakkan juga untuk pakai losyen ini selepas mandi ye. Dan memang ianya tidak berbau seperti minyak angin sebaliknya wangi je.
Saya tidak pernah dengar pun losen ni sebelum ini, dan masa dapat hadiah ni 2 bulan lepas, opismate saya yang terlebih excited!!!! Uk alo laaa, dapat losen je pon happy sangat ke? Rupanya sekarang baru saya tau mengapa diorang berkelakuan pelik sedemikian rupa. Hehhehe sabar jelah kan
Saya takdelah nak jadi kurus sangat macam Liyana Jasmay ke, tapi kalau diizinkan memang saya nak buang lelemak degil di badan ni. Tapi kalau dah balik kampung ni memanglah tak diet, macam-macam makanan ade wehhh!!!! Oklah itu sahaja untuk review untuk kali ini, nanti saya review lagi kalau ada kesan positif (kalau berat saya turun ke 55kg)hehehheheheh
P/S : Saya pakai on and off, kalau rajin sapu kalau tak rajin bior je dalam bilik air tu, macam tu setahun pun tak habis kan hihihi…memang le jimat ;). Tu bergambar sambil duduk tu bajet kuruslah kan? Muahahhahaha
kita pakai jgk..kurus idak jgk bistu dh pakai on off..haha.. hajat hati nkkurus mcm erra fazira yg terbaru..hahaha
aju mmg kurus pun….huhu..jeles….
aanie pakai jugak felinna ni…baru je pakai…nak kurus le katakannnn….hahaha…
hehehe..mcm best je kak ๐ huda ada beli 1..berat mmg turun gak, tp kurus ke x lom sure lg ๐
Member office pon pakai ni gak. Tapi tak der perubahan katanya.
Myra pun jenis pakai on of jugak lotion ni, so tak berapa nampak kesan sangat ๐
alamak mcm anak daralah..
akak tengok aju comel dah tu, xmo le kurus2 sgt, tak cantik..
p/s; takde la nmpk besor mane sgt pun. Ok jek… Comel je.. emm cam best, rasa mcm nak cuba lak. Mana tau leh jd mcm anne ngasri.. hihi ๐
TERINGIN NAK TRY TP BILA BACA BLOG KEVIN ZAHRI KAN,DIA CAKAP LEMAK2 TU TAKKAN HILANG GUNA SAPU-SAPUAN NI..CARA YG PALING BERKESAN ADALAM PEMANTAUAN KALORI SETIAP MAKANAN YG KITA AMBIL…
memang bagus produk ni ๐ saya ada buat review juga dulu ..tapi bukan saya yg pakai ..hehe
bukan dah kurus ke aju? ahha.. tapi kurus pun kena buang lelemak jugak.. ok tu.. bape harga satu unit lotion ni aju?
kebelakangan ni mmg lotion ni agak famous kan..
aju x pakai lotion ni pun dah kurus dah..hehe..
eh, kakju dh cantiklah body camni.. xgemuk pun.. hihii
eh, tapi saya tau, mesti kakju bukan nak kurus kan, sekadar nak ilangkan lemak2 yang tersembunyi.. macam saya ni.. hahah
Orang rumah ambe pun baru try pakai lotion nih…nak tengok gak result dia…