Alhamdulillah hari ini genap 3 tahun usia Muhammad Adam Haikal bin Zairul Hamedi. Terasa macam baru je Adam dilahirkan dari perut ibu yang selim melim ni kekekekke. Bila dah 3 tahun ni banyak sangat kepandaian dan kelincahan yang kami semua rasakan. Kene tumbuk, sepak dan pelbagai lagi aksi lasak yang diperlakukan pada kami. Berbeza Jah anak perempuan ngan anak lelaki ni. Dia punya bergurau hooiiiiii kalau kene tampar muka rasa macam nak terkeluar biji mata ni. Uiiihhhhh berpinor!!!
Adam dah berjaya disusukan eksklusif dengan susu ibu untuk 1 tahun 3 bulan, mudah sangat nak bercerai susu bila sudah cukup 2 tahun penyusuan. Berjaya untuk misi no diapers semalam ;). Bila tengok gambar Adam masa baby ni, teringin nak baby lagi tu usah cakaplah kan. Memang ada niat nak tambah anak lagi, tapi Inshaa Allah, bukan tahun ini ye mungkin tahun depan, ngeeeeee doa tu doa, korang kene amin kan hehehhe. Saya pun doakan anda murah rezeki, bagi yang belum dikurniakan anak lagi, Allah ada perancangan untuk anda. Rezeki anda dalam bentuk kurniaan yang lain seperti kesihatan, kecergasan dan lain-lain lagi. So jangan putus asa ok.
Bila anak dah ramai ni, ekekke 3 orang tu macam dah 10 orang lagaknya. Riuh rendah, sekejap kang yang ni cuit yang tu, yang tu nangis yang sorang tu kene lepuk, menangis pulak, lagilah double triple riuh dia ko. Poning ibu ko ni ha, tapi bila korang tidur masa tulah yang touching skali. Sayu pulak tengok muka sapa yang kene lepuk dengan ibu dia tadi. Biasalah rencah hidup, kita kecik-kecik pun gitu jugak kan, Alhamdulillah jadi manusia jugak, takkan jadi Ultraman pulak kan. Tapi kalau marah tu boleh menyerupai macam-macam jugak, singa, rimau bagai hehehhe.
Oklah, untuk Adam sayang, doa kami semoga Adam jadi insan yang Soleh, berjaya dunia akhirat, jalankan tanggungjawab mengikut syariat agama dan Al Quran jadi pogangan. Emm dah macam lagu Apo Kono eaa Jang pulak hehehhe.
Kami semua saaaaayannngggggg Adam!!! TQ Allah.
Sapa komen kat bawah ni, “Ha Adam dah besar, bolehlah tambah adik lagi”, saya babab jari dia tu. Heehhehe ;).
kekeke….x nak komen camtu….sb aanie pun selalu kena camtu…hahaha….
hepi besday adam!! adam ni mesti byk tgk otomen….sb tu suka sepak2 n tendang2….kekeke…
Tak payah sekat-sekat Aju. Adam meamng dah layak ada adik. Kalau kakak boleh dapat ramai kakak nak Aju..
Happy birthday Adam:)
ALLAH SELAMATKAN KAMU ADAM..
AJU,SAMA2 KITA JANJI PEKNEN THN DPN..HAHAHA
Selamat hari lahir Muhammad Adam Haikal bin Zairul Hamedi. Semoga menjadi anak yang baik dan soleh ye.
okaylah tu dahs sesuai sangat…hihihi
Selamat hari lahir adam. Sebaya dgn anak daraku rupanya. Semoga membesar sebagai anak yg soleh dan bijak pandai.
Happy B’day Adam.. moga membesar dengan sihat & menjadi anak yg soleh & cemerlang dunia akhirat…
In Sha ALLAH Aju..moga dimakmulkan doa tu..AMIN..!
p/s : Thanx ya Aju bagi tau lily…tak sangka boleh menang..hehe..sukaยฒ..^^
alhamdulillah
adam dah besar dan semakin sihat !
semoga adam menjadi anak harapan ibu dan ayah
selamat ulang tahun buat adam !
hoho..selamat hari jadi adamm..semoga jadi lebih kacak.
Semoga menjadi anak yang sholeh dan menjadi kebanggaan bagi orang tuanya aamiin..aamiin.
Namanya bagus Muhammad Adam Haikal
selamat hari lahir Muhammad Adam Haikal, moga panjang umur dan jadi anak yg soleh
happy birthday adam..aunty doakan moga panjang umur murah rezeki dan sentiasa dibawah lindungannya…
selamat hari lahir..
hepi besday adam… lahir tahun 2010 ek? anak ke- 4 sy tua sikit je lah…
moga mmbesar dgn sihat, jadi anak soleh ye ๐
wah..adam dh besor la..
selamat hari lahir buat Adam…semoga membesar dengan sihat dan cerdas…amin…
herbalife nie makanan sihat utk tubuh badan kita dik , ganti makanan yg kita makan hari2 tu .. lemak , kalori dan kaborhidrat yang tinggi .. lebih banyak kita makan , lebih baik utk kesihatan dalaman dan luaran badan .. segala sakit dpt di tanggani dgn izin allah ..
dah terbukti ๐
kalau nak tahu lebih bagaimana ?? akak nak share aje ngan aju , since aju dah bertanya ..
jom whatsapp akak 018 2121619 ;))
Selamat hari lahir adam. Moga jadi anak yang soleh, sihat san ceria selalu.
Kalau muda lagi akk pun nak peknen sama ngan aju jugak…
selamat hari lahir adam ๐
Sama la….. sumi punya anniversary pun 14hb…hehe
selamat hari lahir buat adam.. moga jadi anak ibu yg soleh dan baik sekali.. mmg pun, ade anak 2 pun riuh rendah, bersepah sana sini.. macam mana la mak kita ramai anak.. haha..
ok, tunggu tahun depan, kita lawat aju kat rumah dgn baby baru dia.. hehehe
Happy besday Adam..
Moga membesar menjadi anak kebanggan Ibu Bapa ye ๐