Pagi ini ibu mertua saya menaiki flight jam 8:45pagi demi menunaikan ibadah umrah. Ibu mertua ditemani ibunya dan adik beradiknya seramai 5 orang. Saya tidak dapat turut serta menghantar mereka ke airport kerana anak-anak bersekolah hari ini. Anak sekolah di Selangor, ibu pula cuti Hari Wilayah!! Dapatlah berehat lagi hari ini, hmmm apa aktiviti saya hari ini? Heheheeh
Saya doakan mak, nenek dan mak saudara dipermudahkan urusan ibadah mereka di sana. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan semoga ibadah mereka diterima olehNya. Emm jangan lupa doakan kami ye mak!
Di sini saya kongsikan panduan ibadah umrah untuk perkongsian bersama. Semoga saya dan anda juga diberikan peluang berharga ini, Inshaa Allah.
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Tak sabar nak tunggu buahtangan dari mak 🙂
Umrah boleh selesai buat dlm hari yg sama Aju. Kalau dari KLIA turun Jeddah pergi Madinah biasa akan miqat di Bir Ali tapi kalau direct terus ke Jeddah dan menuju ke Mekah biasa dlm kapalterbang akan diberitahu bila hampir tiba di Miqat – so kena pakai ihram siap-siap dari rumah. Tak sama kalau dari Madinah. Seronok kalau boleh nak buat tiap tahun. Tunggulah kakak pencen agaknya kakak pergi tiap tahun insya-Allah. Rindu untuk ke sana lagi.
bestnye 🙂 rindu nak ke sana lg kak 🙂
sekarang ni musim org gi umrah…
bestnya semua dpt pegi….teringin jugak nak pegi….
bestnya dapat jejak kaki ke sana.
ibu n bapa mertua ainey lak pergi umrah 1 mac ni..
seronoknya.. bilalah rezeki dapat pergi ni?harap2 de la..
moga ibu mertua aju dan yg lain2 selamat kerjakan ibadah umrah ni, moga selamat pulang ke sini..
** makcik, doa kepada saya jugak…
Selamat menunaikan umrah buat mertua aju. Semoga perjalanan umrah mereka dipermudahkan olehNYA.
Selamat pergi dan selamat balik buat ibu menrtua akak
Beruntungnye dapat g umrah..nak tunggu haji lama sgt so ramai yg buat pilihan g umrah dulu..smg urusan Ummi Aju di sana dipermudahkan dan dterima sgl amalannya
baru berangkat dah tunggu buah tangan, aju2..
Semoga semuanya selamat…insyaAllah…amin
Semoga selamat pergi dan selamat kembali…
selamat menunaikan umrah buat MIL aju ..
semoga selamat pergi dan balik hendaknyaaa
Teringin nya nak pergi… tapi belum sampai rezeki nya.. Harap dapat la juga pergi dalam masa 5 tahun ni… huhuhu
Semoga selamat pulang ibu mertua kak aju 🙂
moga mak mentua akak selamat pergi n selamat kembali..
semoga dipermudahkan segala urusannya.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.