Minggu lepas merupakan minggu terakhir bagi Slot Akasia TV3 bertajuk Setia Hujung Nyawa. Menyusul selepas drama ini adalah Drama bertajuk Rindu Bertamu di Abu Dhabi.
Drama ini membariskan pelakon2 terhebat seperti Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Ghous, Dato Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi Safwan dan Syatilla Melvin. Selain itu, lokasi penggambarannya dibuat di Abu Dhabi akan menambahkan lagi suasana yang berlainan dalam drama ini.
Facebook : https://m.facebook.com/pages/Slot-Akasia-Rindu-Bertamu-di-Abu-Dhabi
Sinopsis drama ini
Firdaus telah difitnah berkhalwat dengan seorang gadis bernama Ain. Tetapi demi melunaskan rasa tanggungjawabnya, dia berkahwin juga dengan Ain walaupun tanpa kerelaan. Lalu, dia membawa diri ke Abu Dhabi kerana rasa dikhianati. Di Abu Dhabi Firdaus bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat bernama Abu Dhabi Properties. Walaupun hanya dia anak melayu tunggal yang bekerja di situ, Firdaus mendapat kepercayaan dan di segani semua kakitangan di situ.
Setelah lama tidak kembali, adiknya Faiz menyusul Firdaus hingga ke Abu Dhabi. Apakah masih ada rindu yang bersisa di antara dua adik beradik itu, ataupun ada rahsia yang tersembunyi hinggakan Firdaus ditangkap khalwat? Siapa pula Fatin di hati Firdaus? Saksikan jawapannya di dalam Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.
cerita di slot Akasia memang menarik tapi ditayangkan di antara waktu solat Maghrib. bagi peminat slot Akasia, pandai-pandailah bahagikan masa. biar dunia dapat (dapat tengok TV) & akhirat pun begitu juga (amalan untuk dibawa ke syurga)
🙂
Macam2 cerita kat tv now.sampai tak ingat dah ceritanya..sometimes confuse..
x smpat nak tengok sbb kena booking dek anak
tak sabar nk tgok!
wah.mesti best ni.fahrin ahmad berlakon.nak tengok ni
Macam best citer ni…Pelakon pun best² tu…
Hurmm rasanya x tgk lah koot aju huhuh
Dah lah siaran kul 7 huhuh
best cerita ni, best sangat..
Best lah cerita nie…. mcm cerita khabi kushi khabi ngam ajer
Tak tengok lagi citer ni setakat ni..
Sinopsis macam best..
Pelakon pun best 😀
setakat ni belum layan pas setia hujung nyawa..