Perjalanan saya dan Drypers sudah lama sebenarnya. Tapi bukanlah saya yang menggunakan lampin pakai buang ini, saya brand lain hokkey ;0. Bukan saya ye, tetapi anak-anak saya yang bertiga itu. Selama 8 tahun kami setia dengan Drypers, ini sahaja brand yang sesuai kerana brand lain menyebabkan kebocoran atau keradangan kulit anak-anak saya. Radang? Ehehheeh macamlah teruk bunyinya kan, ala-ala meruam punggung maksud saya tu.
Pada saya Drypers membuatkan anak saya tidur lena dan nyenyak. Ianya tidak bocor di tepi, atau tidak mudah tiris apabila anak-anak tidur di waktu malam. Nyenyak aje tidurnya, senyenyak tidur abahnya sampaikan tak dengar bunyi unggas malam dan rengekan anak nak susu. Hohoho dah terkutuk abah ko hahahha.
Sebenarnya nak cerita tentang penebusan atau kata omputehnya redeem barkod. Barkod tau tak? Haa kalau agak-agak kabur gambarnya contoh barkod ada di bawah ini. Haaa sekarang tak kabur kan, dah jelas dan nyata kan.
Korang bayangkan, selama 8 tahun dah mengabihkan duit membeli produk Drypers ni, hari ini baru saya tahu ianya boleh ditebus dan korang akan mendapat barangan mainan dan hadiah menarik. Memang menarik, tertarik kau memang daboom!!! Jadinya untuk mengelakkan korang mengalami nasib yang sama macam cik Jah ni, korang baiklah ke laman web diorang dan ikuti langkah ini :-

1) Layari ke http://www.drypers.com.my/
2) Log masuk ke akaun anda atau membuat pendaftaran
3) Klik Bahasa Malaysia di atas sekali untuk tukar dari English ke Bahasa Malaysia
4) Selepas itu, klik pada tab ‘Drypers Anda’
5) Setelah masuk ke ‘Drypers Anda’ klik pada tab ‘Kelab Drypers’
6) Bila anda sudah masuk ke seksyen ‘Kelab Drypers’, scroll ke bawah untuk melihat Program Penebusan DHFC
7) Klik pada > Muat turun
Buat masa ini saya belum daftar lagi sebab hati tengah remuk kan, 8 tahun tu berpuluh beg yang sudah kerugian. Ohhohohoooooo hati Jah remuk!!!! So korang daftarlah bagi pihak Jah dulu, nanti korang update hadiah apa yang korang dapat ekk…Daaaaa
P/S : Ini bukanlah iklan berbayar, ini adalah iklan khidmat masyarakat, sharing is caring maaaa…
adus..sy pun baru tahu…boleh tebus…rugi..rugi..
ruginya…selama ini pakai drypers juga…
ruginya akak…tak taupun boleh tukar……………
Dah daftar club, tapi tak tebus lagi. Asyik kumpul jer barcode tu.
ANAK2 BUI DULU PUN PENGGUNA TEGAR DRYPERS NI..MMG X TAU LANGSUNG YG BOLEH D TUKAR DGN HADIAH..ABIS JER PAMPERS TERUS BUANG..TAKDER NYA NK BACA2 PLASTIK TU
Mcm best je kak.ltp huda dah tukar huggies tuk lukman 🙂
nasib baik dh lama tak guna..kalau tak remuk gak hati ni..
Kakak dah tak guna ini semua Aju hihi… kalau bar code tuala wanita banyak sebab dua dah anak dara campur mama dia punya sebulan dah berapa kira ajelah..
hhuhu anak2 dah besar ..
tgk aje lahh huhuh
gua belum tebus lagi..
ko nak tebus guna apa sebenarnya titan?
eh baru tahu lah..tp mujur mmg kitorg ada simpan barkod2 tu sbb igt nak join contest kalo ada..
Mcm mn buat border gambar tu jd camtu? Pkai application apa?
dah lama anakk2 tak pakai pampers…hehe
ingatkan sponsor post tadik…
anak kita pakai fitty..nape fitty tak buat mcm tu? ke ada, kita je tak tau… huhu
Saya baru tahu kegunaannya hari ni! Huhu dah 2 tahun setengah guna ni..terima kasih share pasal ni.