Alhamdulillah tidak terucap kata syukur bila diri disahkan hamil lagi. Hanya senyuman dan kalimah segala puji bagi Allah tidak henti-henti meniti di bibir ini. Tahniah buat adik saya yang disahkan hamil anak ke 3. Sudah punya 2 orang puteri yang berusia 8 tahun dan 6 tahun. Sudah besar kan? Dan memang layak punya adik dan rezeki memang ditakdirkan untuk mereka. Lama dah tunggu rezeki ini ye ;).
Wah saya pula yang over excited! Saya memang teringin nak anak lagi tapi rasanya biarlah si Adam besar dulu. Nak besar macamana Jah?!! Hahaha biarlah si Adam pandai mengeja dulu ke kan hihihihi. Takpelah kita tolong jaga anak buah dahla kan. Seronoknya adik saya!!!
Hmmm ingat lagi ke nak pegang baby camno? Takpe si kakak-kakaknya pun dah besar, dah boleh harap nak tolong ibu dia jaga adik nanti kan ;). Saya juga nak kongsikan perkembangan bayi di dalam kandungan pada trimester pertama iaitu minggu pertama hingga minggu ke dua belas ;). Untuk adik saya tu silalah refresh setiap perubahan tumbesaran janin dalam perutmu itu setiap minggu. Jaga kesihatan ye, tidak lupa juga anda ye pembaca blog ini ;).
Pada usia kehamilan seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim. Ini dikatakan berlaku pada minggu pertama.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Subhanallah, perkongsian bersama ini melalui pembacaan dari sini.
wah…complete…dulu ko kelas akaun ke biologi? rasanya teknik takde subjek bio kan??
tahniah buat adik Aju. ingatkan Aju yang mengandung. hihi!
saya dapat bayangkan betapa gembiranya bila disahkan mengandung lagi setelah bertahun2 menunggu. pengalaman saya sendiri mengandung anak kedua selepas hampir 5 tahun menunggu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. syukur alhamdulillah…
untuk adik Aju & ibu2 yang mengandung diluar sana, bolehlah singgah ke blog saya untuk mengetahui tentang panduan kehamilan. entri2 ni ditulis sewaktu saya mengandung anak kedua (tahun 2011). mudah-mudahan dapat memberi manfaat buat anda semua & saya juga (jika mengandung lagi. hehe!)
http://www.ciklaili.com/search/label/kehamilan
sy suka membaca ttg hal ini. sampai masa hamil tiap2 bulan blu buku pa nd ma
tahniah utk adiknya lama umur anak 6 tahun tu he…pasni dokan utk sy blh ker sis huhuhu…
loooooooooolllllllllll…. ingatkan aju td, baru jer nak ucapkan tahniah
jangan tunggu lama2 AM…kesian adam takde kawan nak bermain hihihi
hehe..ingat aju yang preknan..
tahniah buat adik aju..
Tahniah yer…mesti semua happy dapat tambah ahli baru.
Tahniah,semoga diberi kesehatan sampai lahir nanti.
tahniah, suker denGar citer oranG preGnant la
den teringin juga nak melihat wife den mengandung lagi…:)
hihi…mati2 ingat Aju tadi bile baca tajuk..
Alhamdulilah rezeki, kena jaga baik2….in sha Allah selamat semuanya
Aju ni buat suspen tau. Ingatkan dia yg pregnat. Rupanya adik yg pregnant. Tahniah buat adik aju.
Seronoknye dgr org peknen ni. Kiter ni dah terlambat kalau nak peknen lagi. Kang x de daya nak push bb. Igt ju yang peknen td. Apa apa pun tahniah ye. Tompang happy jugak..
Tahniah buat adik Aju. Anak kedua dan ketiga kakcik pun berbeza umur 7 tahun. ๐
Akak ingatkan Aju yg prgnant….
Tahniah utk adik Aju ya…..
tahniah untuk adik Aju…
ingatkan Aju tadi…
moga dipermudahkanlah…
Tahniah pada adik Aju. Aju jangan tungguh lama. ketika usia masih muda ni eloklah kalau diberikan rezeki oleh Allah lagi.
haha kakak pulak yg over xcited nak dapat anak buah baru…duenya th ni jugak ke
Tahniah buatnya..
Moga kandungan sihat dan dipermudahkan.
tahniah buat adik aju.. rezeki tuh.. ๐
bagus info nih.. tq for sharing
lorrrrrrrrrrrrrr ingatkan aju yg nak dapat baby, apa2pn tahniah
tahniah adik ๐
wah, gembira nampaknya.
saya daripada hari tu tertanya2 kat sepetang bersama blogger. akhirnya dapat juga saya ingat. akaklah yang saya tengok kat pintu tu kan?? yang dengan anak.. saya tak berapa cam sebenarnya
Assalamualaikum kak, alhamdullilah. bestnyaaa dapat rezeki lagi. mesti seronok gila kan…sheila menghitung hari-hari, hehehe >_______<