November 26, 2020
Uncategorized

Hasil memancing di Sungai Triang, Pahang

Ini adalah satu daripada hobi saya di waktu lapang. Dah lama sehh tak memancing. Biasanya memancing di Sogo, Jusco atau Parkson heheheh…Tapi memancing kali ini tak mengabihkan borehhh, malahan dapat release tension dan menenangkan fikiran saya. Waktu ini saya sekeluarga pulang bercuti di kampung saya Triang, Pahang masa Chinese New Year aritu. Hahahah lama peram entri ni, arini baru ingat nak publish.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya memancing di kebun kelapa sawit milik arwah ayah. Serius sayu saya mengenangkan tempat arwah ayah dan emak membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki bagi membesarkan kami 5 beradik. Alhamdulillah kami membesar dengan didikan yang baik. Sekarang ni abang saya pula yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kebun ini. Kebun adalah sangat bersih bang, hahaha terbukti abang saya buat kerja dengan baik ;), bukan makan gaji bute atau goyang inul di kebun ekk hihi.

Ok, bayangkan saya sudah 15 tahun tidak menjejak kaki di ladang ini. Chehh kengkonon teror la nak mengingat jalan yang totally different sama sekali!!! Waktu ini abang saya tidak dapat turut serta sebab dia teman wife nya pergi kenduri. Hemmmm sesatlah kami dengan jayanya hahaha. Akhirnya setelah beberapa kali sesat sambil telefon abang, kelasssss dalam kebun sawit ada line phone Jahhh hehehe.

Akhirnya jumpa jugak kebun arwah ayahhh!!! Yeayyy!!! Hihihi kalau kami balik dengan tangan kosong mana beshh kan ;). Waktu itu hujan renyai-renyai. Saya bawa Adam sekali sebab dia mana boleh berenggang dengan ibunya. 2 orang kakaknya tinggal di rumah dengan sepupu-sepupu dan mak sedara diorang.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah, dapat jugak ikan haruan besarrr punyaa!!! Pancing guna batang pelepah kelapa sawit dan umpannya adalah cacing di tepi sungai je ni. Siyes beshhh!! Tapi paling tak best pacat pun adaa!! Eeiii geli sangat!! Dah tempat diorang kan nak elak pun tak buleh. Redha jelah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Kalau Adam dapat ikan, saya pulak dapat di bawah ini hehehe. Kekotoran yang begitu terserlah!! Sebelum mak saya menjerit mari kita bersihkan kaki secara berjemaah dulu ekk. Ikan haruan tadi tu masak sup pun sodapp!!!! Sebelum mengakihiri entri ini bersama-samalah sedekahkan Alfatihah untuk arwah di sana dan berdoa semoga negara kita aman sentiasa aminnn.

Photobucket Pictures, Images and Photos

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

16 thoughts on “Hasil memancing di Sungai Triang, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: