Suka betul kalau budak-budak ni berjumpa. Biasalah budak-budak kan suka bermain doploh empat jam ;). Sesekali berjumpa di kampung riuh rendah dibuatnya. Ini adalah rumah mak saya di kampung. Cantik pulak gambar ini yang berwarna warni ceria ini. Yang dua orang itu adalah anak buah saya iaitu anak kepada adik saya. Comel kan?
Yang si Adam tu dah kenapa? Ada je idea dia nak berposing. Kita suruh tengok kamera, dia buat aksi gitu-gitu pulak. Takpelah itu namanya kreatif terlebih ;). Maklumlah sorang je boy dalam group GBS ni hehehe. Hero Tecit!!
Oiit Najwa bergambar petik bunga ye? Aiyokkk nanti Wan marah tak tau!! Larikssss.. hehehhe. Biasalah macam tulah wannya kalau cucu-cucunya balik kampung. Jangan dipotik bungo wan tu!!! Wan titik tangan eaaa tu kang!! Korang bacalah dalam loghat nogori, sebab mak saya orang Melaka ;), ini Melaka sempadan N.9 😉
Inilah penghibur hati mak pagi dan petang. Melihat kesegaran dan kesuburan pokok bunga kertas atau nama saintifiknya “funge ferfas” hehehhehehehhe aaaaaacah je. Manalah saya tau nama saintifik dia. Korang google lah sendiri hehehehhe. Mak saya rajin main kawin-kawin kan pokok-pokok ni. Kalau korang tengok belah sana tu banyak pokok bunga puding.
Tau kan pokok bunga puding? Alahai lupe pulak nak snap dekat-dekat. Nantilah kalau saya balik lagi sekali saya amik gambarnya. Cantik-cantik, pokok bunga puding ni pun banyak jenisnya. Dulu kecik-kecik rajin mak buat proses Tut!! tut tu bukan mencarut ye, tapi cara semai pokok tulah. Nak tunjuk jugak ke? Nantilah balik kampung lagi hehehehe.
Dah lari dari tajuk pulak entri ni, Geng Bas Sekolah ni sama umur, yang sulung 8 tahun, yang kedua 6 tahun. Asal saya beranak je, adik saya pun beranak, asal saya beranak je, adik saya bersalin, ngikut aku je kojenya ye hehehe. Taklah dah rezeki kan. Baguslah meramaikan umat Nabi Adam. Boleh jadi Best Friend Forever!! Saya tanya adik saya tu, bila lagi nak tambah?? Dia senyum je ;)!
sesekali balik kampung habis togel bunga wan yerr…kalau cucu petik takpo..kalau kita kocik kocik dulu potik..dah kono titik dah
Comel je bebudak ni jadik model ha..
Diatambah dengan bunga kertas yang berwarna warni 🙂
Ceria; D
comeynyer geng bas sekolah…lawanyer bunga kertas umah wan tu..colourful
alor2 comel !
dah besar sok2 bila tgk pic nie sure mereka malu 😉
Sungguh segar mata memandang bunga² yang subur & pelbagai warna…Cantik…
Comel² geng bas sekolah ni..^^
jun pakai app apa ye wat gambar cam ni. pastu letak nama tu guna app apa jugak..guna iphone je ke??
umah mak akak kat mana ni???.. kawasan persekitaran dia sungguh cantik!! 🙂
*aik, biar betoi kakju.. pelik plak saya.. kakju dah emel tanya dorang ke??.. heran saya ni… sbb saya tgk dkt kertas yg dia bg.. slh satu cara juri kira, adalah dari segi masa jugak… sbb entry SP tu kan, dorg kira contest
segar mata tgk bunga2 warna warni.. seronok eks berjumpa satu geng..:)
mak den pun suka menanam pokok bunga…;)
comel2 je dia orang ni.
hemm..betul ke nih..
comelnye diorg ni berkumpul beramai2 🙂
Hehe.. Funge fertas ye kak.. Hehe… Bunga buganvilla la..
GBS yg sweet.
Kalerful pokok bunga kertas tu.
biasalah kalau bebudak dah jumpa sepupunya…
samalah, bila balik kg, ramai lah geng, riuh rendah rumah mak.. itu yg buat anak2 suka tu..
adik senyum tu, tandanya nanti2 tu adalah.. hehe… adik je, si kakak tak nak tambah?,..hehe