Lagi-lagi cendol Sri Gombak

cendol sri gombak
cendol taman sri gombak

 

Apa nak buat, saya dan suami memang hantu cendol. Sebelum ini kami pernah bercerita tentang cendol Pak Akob di Seksyen 16 Shah Alam. Kali ini lokasinya adalah sangat dekat dengan rumah kami di Sri Gombak ini. Saya rasa mana-mana tempat banyak je orang jual cendol, bezanya kene atau tidak dengan selera tekak sendiri, ye dak??

 

Sedapnya, tengok jela ya

Saya ini tidak cerewet kot, sebab semua cendol yang saya makan tu tiada yang tidak sedap melainkan sedap-sedap sahaja. Biasalah menu cendol favorite saya semestinya cendol pulut. Tengoklah bila dapat makan cendol petang-petang, emmmm nyaman dan sejuk je lalu di tekak ;).

cendol dan rojak memang kombinasi terbaik

Bila dah order cendol semestinya tidak lengkap tanpa menikmati rojak biasa ni. Ehmmmm rasa dia nallerekek!!! Orang kata kalau mak mertua lalu belakang pon tak sedar, hahaha nak kene sekeh la tu hehehehe.

Anak dara pun suka

Tengoklah anak-anak dara saya ni, fesyen tudung diorang sendiri, tu kat tudung tu cekak rambut. Stylish sehhh!!! Takpelah janji menutup aurat ;).

BACA  Cafe Wood & Steel Seksyen U3, Shah Alam

17 thoughts on “Lagi-lagi cendol Sri Gombak”

  1. Waktu panas-panas kalau dapat makan cendol memang terbaik.
    Wah.. Ada fesyen tudung terbaru ye kak. Hehe.. Lepas ni ramai la yang ikut tu kan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: